gai | sj tali pd perahu (utk menguatkan tiang perahu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencurigai | kurang percaya kpd; mengesyaki: Kami masih ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersuluhkan | menggunakan (sesuatu) sebagai suluh; ~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah); bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensia-siakan wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kewahaman | sesuatu yg diwahamkan (dicurigai): ilmu al-Yaqin itu tidak mengandungi sebarang keraguan, kesalahan, dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacang kelor | sj tumbuhan (pokok) emunggai, Moringga oleifera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penanggungan | 1. apa yg ditanggung, penderitaan, kesengsaraan: dia sangat mengambil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan ~ mereka; 2. perihal menanggung: bagaimanakah ~ hati seorang perempuan yg hidup sebatang kara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
waham | sangkaan atau alasan yg samar-samar (jauh drpd yakin), waswas: tiga kali saya mengangkat takbir barulah berasa betul bersih dan tidak ada syak dan ~; mewahamkan 1. menduga, menyangka-nyangka; 2. mencurigakan, meragu-ragukan, mengesyaki; kewahaman sesuatu yg diwahamkan (dicurigai): ilmu al-Yaqin itu tidak mengandungi sebarang keraguan, kesalahan, dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curiga | 1 berperasaan kurang percaya (spt menyangka orang akan berbuat jahat); syak; waswas: Apabila pemuda itu menanyakan sesuatu yg bukan-bukan kpdnya, ia pun mula ~. 2 berhati-hati; berjaga-jaga (kerana syak atau sangsi akan sesuatu): Kita mestilah sentiasa ~ kerana banyak penipu yg mengaku sbg wakil sesuatu badan kebajikan. mencurigai kurang percaya kpd; mengesyaki: Kami masih ~nya. mencurigakan menimbulkan rasa kurang percaya: Gerak-gerinya itu sangat ~. kecurigaan hal atau keadaan curiga; syak wasangka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suluh I | 1. sesuatu yg digunakan utk menerangi (daun kelapa kering yg dibakar dll), jamung, obor: di sana sini kelihatan ~ terkelip-kelip; lampu ~ sj lampu yg menggunakan bateri, lampu picit; 2. = penyuluh sl orang yg mencari rahsia, mata-mata gelap, pengintip, perisik; bersuluh menggunakan suluh (utk menerangi): sudah terang lagi ~; bersuluhkan menggunakan (sesuatu) sebagai suluh; ~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah); bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensia-siakan wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll); menyuluh, menyuluhi 1. menerangi dgn suluh: sinar neon yg benderang ~ sekitar bandar raya itu; di bawah bantalku ada lampu picit, aku ambil utk ~ jalan keluar; 2. mencari ikan (berburu dll) dgn suluh: ~ burung; 3. mencari-cari rahsia (keterangan dll), menyelidiki, merisik: kawan-kawannya pergi ~ gerakan lanun yg dikatakan sedang bergerak ke utara Tanah Melayu; 4. ki menerangi (memberi penerangan), memberi petunjuk: ~ manusia supaya mengikuti jalan yg benar; penyuluhan 1. perihal menyuluh (mengintip, mengintai, dll), pengintaian, penyelidikan; 2. ki penerangan; penyuluh 1. orang yg tugasnya mencari rahsia, pengintip, perisik, suluh: ia akan dibicarakan atas tuduhan menjadi ~ musuh; 2. ki pemberi penerangan (petunjuk dll): ibu memberi pelajaran utk ~ kehidupanmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacang I | sj tumbuhan dan buahnya; ~ arab = ~ bendi = ~ lendir sj tumbuhan (herba), Hibiscus esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisa = ~ kotor sj tumbuhan (pokok memanjat), Psophocarpus tetragonolobus; ~ buncis = ~ pendek sj tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris; ~ cina sj tumbuhan (herba), Phaseolus lunatus; ~ goreng = ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sj tumbuhan (herba), Arachis hypogaea; ~ hantu a) = ~ parang = ~ polong sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis; b) orang jahat; ~ hijau = ~ cindai = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Phaseolus aureus; ~ kara = ~ sepat sj tumbuhan (pokok), Dolichos lablab; ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus; b) = ~ riang-riang = ~ sekucuk sj tumbuhan (pokok), giring-giring, Crotalaria striata; ~ kelor sj tumbuhan (pokok) emunggai, Moringga oleifera; ~ kota sj tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, Cassia occiden-talis; ~ kuda sj kacang yg agak bulat, berwarna kekuning-kuningan atau coklat muda, yg biasanya direbus utk dimakan, Cicer arietinum; ~ laut a) sj tumbuhan (herba), Vigna marina; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea; ~ miang a) sj kacang yg gatal; b) orang yg suka menghasut; ~ panjang = ~ merah = ~ perut ayam sj tumbuhan (pokok), Vigna sinensis; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum; ~ soya sj tumbuhan (herba), Glycine max; ~ sepalit = ~ puyuh sj tumbuhan (herba), Phaseolus calcaratus; kuih ~ kuih kasturi, rengas; ~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya prb orang yg lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah menikmati kesenangan dll; bagai ~ direbus satu prb meloncat-loncat kerana kesukaan; bagai ~ tengah dua bulan prb, Mn sangat subur tubuh badannya (bkn kanak-kanak); kacang-kacang a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita; mengacang 1. membahagi-bahagi (barang yg diperoleh dll); 2. berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain); memperkacang menghabiskan (memboroskan) harta atau wang orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |