slip | kepingan kertas yg kecil panjang: elakkan menampal ~ pindaan pd manuskrip; ~ gaji; ~ gaji kertas yg mengandungi butiran gaji bulanan, termasuk elaun, potongan gaji dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjakan | hasil menganjak, engsotan; ~ gaji pergerakan gaji drpd tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pd satu peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Malaysia (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaji | upah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaan;hari ~ hari pembayaran gaji; makan ~ bekerja utk mendapat gaji; orang ~ pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; ~ bulan (minggu, hari) upah kerja yg dibayar setiap bulan (minggu, hari); ~ buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); ~ mati gaji yg telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dlm tangga gaji seseorang pekerja: sbg pemimpin persatuan, dia ingin melihat pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih drpd RM1000 sebulan; ~ pokok gaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun dsb; bergaji mendapat gaji: ~ besar;menggaji memberi (membayar) gaji, mengambil sbg pekerja: ia ~ penolongnya sangat rendah; orang-orang Cina lebih suka mengambil saudara-saudara mereka bekerja drpd ~ orang luar;gajian; orang ~ a) hamba, bujang, babu; b) orang pinjaman atau sewaan (dgn kontrak dll); hari ~ hari gaji;penggajian urusan menggaji: majikan perlu mengemukakan permohonan kpd Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaji mati | gaji yg telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dlm tangga gaji seseorang pekerja: sbg pemimpin persatuan, dia ingin melihat pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih drpd RM1000 sebulan; ~ pokok gaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skala | 3 susunan sesuatu tangga gaji; tingkatan gaji. | Kamus Pelajar |
gaji pokok | gaji yg tidak ditambah dgn sebarang elaun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gaji hari | gaji berdasarkan bilangan hari seseorang itu sebenarnya bekerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaji buta | gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaji (wang) buta | gaji tanpa bekerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangga gaji | tingkatan gaji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |