gandingan | apa-apa yg digandingkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gandingan | banding, tanding; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gandingan | benda yg digandingkan (di samping atau di belakang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gandingan | apa-apa yg digandingkan. | Kamus Pelajar |
bintang gandingan | pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganding II | Mn; gandingan banding, tanding; bergandingan berbanding dgn, berlawanan, bersaingan; menggandingkan membandingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembebanan saluran(channel loading) | Keadaan saluran penghantaran yang dibebankan oleh litar gandingan. | Kamus Komputer |
penyambung betina(female connector) | Peranti penyambungan yang bahagian penyambungnya termasuk ke dalam atau berlubang untuk menerima bahagian peranti penyambung jantan. Kaedah ini membolehkan gandingan dua penyambung berlainan dijadikan ketat dan tidak mudah terlucut. | Kamus Komputer |
penyambung jantan(male connector) | Peranti penyambungan yang bahagian penyambungnya terunjur ke luar atau berpin. Bentuk unjuran atau pin ini sepadan dengan lubang pada bahagian peranti penyambung betina. Kaedah ini membolehkan gandingan dua penyambung berlainan dijadikan ketat dan tidak mudah terlucut. | Kamus Komputer |
ganding I | ; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |