gangguan jiwa | gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gangguan fikiran | gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gangguan | apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gangguan seksual | perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gangguan seksual | perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gangguan mental | (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gangguan fikiran | keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gangguan | 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan; ~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gangguan | apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. | Kamus Pelajar |
usik | 1. perbuatan mengganggu (mengacau) orang lain, gangguan: jangan peduli sangat ~ orang itu; 2. ark tidak tenang, bergerak-gerak, lasak; berusik dilakukan sesuatu padanya, diganggu, disentuh (dipegang, dijamah, dsb), dialihkan: hutan di Pantai Timur hampir tidak ~; mengusik 1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3. mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5. mengkritik, mengecam; usik-mengusik saling mengusik antara satu sama lain: kami memang suka bergurau dan ~ apabila bertemu; terusik 1. telah diusik (diganggu, dicemari dsb): di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak lubuk ikan yg belum ~; 2. ki tersentuh (terharu dsb) perasaan: perasaan-nya mudah ~ apabila mendengar lagu itu; usikan 1. gangguan, ejekan, gurau senda: ia tidak peduli akan ~ dan gurau senda kawan-kawannya; 2. celaan, kritikan; pengusik orang yg (suka) mengusik, peng-ganggu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |