gayat | berasa ngeri atau seram kerana melihat ke bawah dr tempat tinggi dll; gamang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gayat | berasa ngeri atau seram kerana melihat ke bawah dr tempat tinggi dll; gamang. | Kamus Pelajar |
gayat | berasa ngeri atau pusing (melihat ke bawah atau ke dlm dr tempat yg tinggi), gamang;penggayat orang yg mudah berasa gayat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggayat | orang yg mudah berasa gayat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gamang | 1. takut melihat ke bawah dr tempat yg tinggi, gayat: sungguh ~lah ketika melihat jurang yg amat dalam itu; 2. = tergamang berasa sepi: ia ~ sepeninggalan ibunya;penggamang orang yg lekas gamang, penggayat; orang ~ mati jatuh, orang pendingin mati hanyut prb Mn orang yg takut-takut tidak akan mencapai kehendaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gamang | 1 berasa tidak tetap hati, berasa bimbang atau ragu-ragu; berasa kekok: Ia ~ ketika bertikam-tikaman itu. 2 berasa takut atau ngeri kerana melihat ke bawah dr tempat yg tinggi; gayat: Semasa mula-mula saya naik kapal terbang dahulu, ~ juga rasanya, tetapi sekarang biasa saja. 3 berasa sunyi atau lengang: Sejak kematian ibunya, dia pun ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gamang | 1. berasa tidak tetap hati, berasa bimbang atau ragu-ragu; berasa kekok: Ia ~ ketika bertikam-tikaman itu. 2. berasa takut atau ngeri kerana melihat ke bawah dr tempat yg tinggi; gayat: Semasa mula-mula saya naik kapal terbang dahulu, ~ juga rasanya, tetapi sekarang biasa saja. 3. berasa sunyi atau lengang: Sejak kematian ibunya, dia pun ~. | Kamus Pelajar |