geletek | /geléték/; menggeletek mencuit-cuit badan orang dgn jari supaya orang itu berasa geli. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geletek | (geléték) 1. perbuatan mencuit (mencubit) supaya jadi geli; 2. ki hasutan, galakan (supaya jadi berani), rangsangan; hilang geli kerana ~ prb sesuatu yg kurang menyenangkan itu hilang apabila menjadi kebiasaan;menggeletek 1. mencuit (mencubit) supaya jadi geli: orang tua cepat melatah apabila digeletek; 2. menghasut, menggalakkan, memberangsangkan: kalau tidak digeletek, perkelahian mungkin tidak akan timbul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geletek | /geléték/; menggeletek mencuit-cuit badan orang dgn jari supaya orang itu berasa geli. | Kamus Pelajar |
geliting | geletek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengitik | menggeletek, menggelikan, menggilik-gilik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengitik-ngitik | menggeletek, menggelikan, menggilik-gilik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kitik | Jk; mengitik, mengitik-ngitik menggeletek, menggelikan, menggilik-gilik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getek I | (géték) buruk kelakuan (bkn perempuan), geletek, gelenyar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geli I | 1. rasa badan kalau digeletek; 2. rasa hendak ketawa (kerana lawak jenaka dll): ~ ia melihat kelakuan anaknya; 3. berasa ngilu atau ngeri (mendengar bunyi orang mengikir besi dll); 4. berasa jijik dan seram melihat sesuatu spt ular, lintah, dll; 5. berasa jijik, mual, atau loya apabila terlihat atau terhidu benda yg kotor dan busuk; ~-geman = ~-geleman jijik; ~ hati rasa hendak ketawa; habis ~ oleh geletek, habis bisa oleh biasa prb kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi;menggeli Mn memberanikan (ayam yg berlaga); ~ induk ayam prb memberanikan seorang penakut; menggelikan 1. = ~ hati menimbulkan gelak ketawa; 2. menimbulkan rasa geli: maka banyak perkara yg ~ telah disaksikan;kegelian 1. perihal geli, perasaan geli: cerita Esah itu menimbulkan ~ juga di hatiku; 2. berasa geli: benda itu melentuk-lentuk macam telinga arnab ~;penggeli orang yg mudah berasa geli (kalau digeletek); ~ hati sesuatu yg menggelikan hati, lawak jenaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bara I | serpihan (arang batu, kayu) yg bernyala dlm api yg hampir padam; batu ~ arang batu; (bagai) terpijak ~ hangat prb gelisah kerana sesuatu perkara; genggam ~ api biar jadi arang prb jika melakukan pekerjaan yg susah haruslah dgn sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti; jangan digenggam spt ~ api terasa hangat dilepaskan prb sia-sia berbuat pekerjaan yg separuh jalan, terasa penat berhenti; jejak-jejak ~ prb hampir-hampir sampai; menggeletek-geletek bagai ~ bilah prb dikatakan kpd orang yg mengada-ada; tarik puntung padamlah ~ prb apabila telah mati hilanglah daya upaya;berbara 1. mempunyai bara, merah berapi: kayu itu masih ~; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala: setahun ia menanti dgn harapan yg masih ~ di dadanya;membara 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina;membarai membuat jadi membara, mengobar-ngobarkan, membuat jadi marah: nyata benar ia mahu ~ hati suaminya;perbaraan, perbara tempat bara api utk membakar kemenyan;pembaraan proses menjadi panas berapi spt bara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |