gembung | besar kerana penuh berisi udara dll; berisi (ttg pipi dsb): Pipinya ~. menggembung menjadi gembung. menggembungkan membuat sesuatu menjadi gembung; melembungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gembung | besar kerana penuh berisi udara dll; berisi (ttg pipi dsb): <i>Pipinya ~.i> menggembung menjadi gembung. menggembungkan membuat sesuatu menjadi gembung; melembungkan. | Kamus Pelajar |
busung | 1 gembung atau besar perutnya kerana penyakit: Dia telah dimasukkan ke rumah sakit kerana menghidap penyakit ~. 2 gembung kerana penuh berisi: Sakunya ~ dgn buah langsat. 3 pasir atau tanah yg berlonggok di kuala-kuala sungai. ~ air penyakit busung kerana perut penuh air. ~ darah penyakit busung kerana tidak turun haid. ~ kencing penyakit busung kerana kantung kencing dihinggapi penyakit. ~ muka muka menjadi bengkak. membusung 1 menjadi busung atau gembung: Ikan buntal akan ~ apabila disentuh. 2 bertimbun-timbun merupakan busung: Tanah ~ di kuala-kuala sungai. membusungkan membuat menjadi busung; menggembungkan: Dia berkata-kata sambil ~ dada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
busung | 1 gembung atau menjadi besar perutnya kerana penyakit: Dia telah dimasukkan ke rumah sakit kerana menghidap penyakit ~. 2 gembung kerana penuh berisi: Sakunya ~ dgn buah langsat. 3 pasir atau tanah yg berlonggok di kuala-kuala sungai. ~ air penyakit busung kerana perutnya penuh air. ~ darah penyakit busung kerana tidak turun haid. ~ kencing penyakit busung kerana kantung kencing dihinggapi penyakit. ~ muka muka menjadi bengkak. membusung 1 menjadi busung atau gembung: Ikan buntal akan ~ apabila disentuh. 2 bertimbun-timbun merupakan busung: Tanah ~ di kuala-kuala sungai. membusungkan membuat menjadi busung; menggembungkan: Dia berkata-kata sambil ~ dada. | Kamus Pelajar |
busung | 1. gembung perut (kerana penyakit): penyakit ~; 2. gembung kerana penuh berisi (air dll): buah dada gadis itu ~; kepala ~ kepala menjadi besar kerana berisi air; 3. timbunan pasir di muara sungai, gosong; ~ air penyakit busung kerana perut berisi air; ~ darah penyakit busung kerana tidak datang bulan; ~ kencing busung kerana penyakit pd gelembung kencing; ~ muka muka bengkak (bakup);membusung 1. menjadi busung, menggembung: perutnya ~ akibat penyakit itu; 2. meninggi (pasir dll), merupakan busung: lumpur yg dibawa air sungai itu ~ di muara; dgn dada ~ ki dgn perasaan megah (sombong); membusungkan menggembungkan; ~ dada a) membesarkan dada; b) ki menyombongkan diri, membanggakan diri: Mat Akil ~ dada;terbusung menjadi busung; pembusungan perihal terjadinya busung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembung I | 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis; mengembung menjadi kembung; mengembungkan menjadikan kembung, menggembungkan, menggelembungkan, melembungkan, membusungkan: ~ perut; gembung I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gembung I | kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang); menggembung menjadi gembung; menggembungkan mengembungkan, membusungkan (dada dll); ®kembung I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gembung II | ; ikan ~ sj ikan laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikan gembung | sj ikan laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perut gembung | kemasukan angin atau kena penyakit basal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |