jurang generasi | jurang atau perbezaan yg membeza-kan satu generasi dgn generasi yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
generasi | /génerasi/ 1 peringkat dlm sesuatu keturunan (keluarga). 2 masa (lebih kurang 30 tahun) dr seseorang itu dilahirkan, berkahwin dan mempunyai anak: Satu ~ yg lalu. 3 sekalian orang yg hidup dlm masa yg lebih kurang sama dan mereka juga lebih kurang sebaya atau seumur: ~ muda; ~ yg akan datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
generasi | (génerasi) 1. kumpulan individu yg lahir pd waktu yg lebih kurang sama, angkatan: perbuatannya itu akan menjadi teladan kpd ~ yg akan datang; kalaulah begini keadaannya dlm dua atau tiga ~ lagi pun bangsa kita akan tetap mundur; ~ baru angkatan baru; 2. tahap atau peringkat kemajuan atau perkembangan: dgn kemajuan besar-besaran, kita telah melalui empat ~ komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
generasi | /génerasi/ 1. peringkat dlm sesuatu keturunan (keluarga). 2. masa (lebih kurang 30 tahun) dr seseorang itu dilahirkan, berkahwin dan mempunyai anak: Satu ~ yg lalu. 3. sekalian orang yg hidup dlm masa yg lebih kurang sama dan mereka juga lebih kurang sebaya atau seumur: ~ muda; ~ yg akan datang. | Kamus Pelajar |
evolusi | (évolusi) 1. perubahan secara beransur-ansur pd haiwan atau tumbuhan, drpd satu generasi kpd generasi lain; 2. perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pd bentuk yg lebih kompleks: sudah terbukti bahawa sesuatu masyarakat itu menerima perubahan, sama ada secara ~ atau revolusi; berevolusi berkembang secara beransur-ansur: bulu dikatakan berasal drpd struktur epidermis yg ~ drpd sisik reptilia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerita rakyat | cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genetik | (génétik) (Bio) 1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut drpd satu generasi kpd generasi lain melalui gen; 2. bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genetik | /génétik/ ist 1 kajian ttg keturunan atau baka, dan cara individu mewarisi sesuatu ciri atau sifat, serta memindahkan ciri tsb dr satu generasi ke generasi lain melalui gen. 2 bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerita rakyat | cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm sesuatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesusasteraan rakyat | sastera yg berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan drpd satu generasi kpd satu generasi yg lain, mis mitos, legenda dan mantera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |