genus | /génus/ ist peringkat pengelasan haiwan atau tumbuh-tumbuhan ke dlm sesuatu kumpulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
genus | (génus) (Bio) kumpulan benda hidup spt haiwan atau tumbuhan yg terdiri drpd spesies yg mempunyai beberapa ciri yg serupa: ~nya perlu ditentukan terlebih dahulu; lalat tsetse adalah drpd ~ Glossina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genus | /génus/ ist peringkat pengelasan haiwan atau tumbuh-tumbuhan ke dlm sesuatu kumpulan. | Kamus Pelajar |
bangau | sj burung yg berkaki dan berleher panjang dlm genus Egretta dan genus yg berkaitan; ~ batu, Egretta sacra; ~ besar, Egretta alba; ~ cina, Egretta eulophotes; ~ kecil, Egretta garzetta; ~ kendi, Egretta intermedia; ~ kerbau, Bulbulcus ibis; ~, ~, minta aku leher, badak, badak, minta aku daging prb iri hati melihat kekayaan (kelebihan) orang; berapa tinggi terbang ~, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga = setinggi-tinggi terbang ~, hinggap ke bubungan juga prb walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga, walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mapel | sj pokok drpd genus Acer yg daunnya berbucu lima, terdapat di Eropah, Amerika dan Asia, dan kayunya banyak digunakan dlm pembuatan perabot, lantai dll: kayu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
magnolia | sj pokok dr genus Magnolia yg bunganya besar, berwarna putih, kuning atau merah jambu, wangi dan kelihatan spt berlilin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
walnat | 1. sj pokok drpd genus Juglans yg mempunyai daun yg wangi, biasanya ditanam utk menghasilkan kacang yg boleh dimakan dan kayu yg boleh dibuat perabot dsb: kayu ~; 2. kacang berwarna perang dan berkedutkedut, yg boleh dimakan begitu sahaja, dijeruk atau dibakar utk dicampurkan ke dlm aiskrim, biskut, kek dan beraneka jenis pencuci mulut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulip | sj tumbuhan taman drpd genus Tulipa di negara beriklim sederhana spt Belanda, yg tumbuh drpd bebawang, dan bunganya berbentuk spt loceng yg terdapat dlm pelbagai warna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lalat tsetse | sj lalat drpd genus Glossina yg berasal dr Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan penyakit tidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
streptokokus | (stréptokokus) (Ubat) bakteria drpd genus Streptococcus yg boleh menyebabkan jangkitan dan penyakit, mis sakit tekak, demam merah dan pneumonia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |