geser | /gésér/; bergeser 1 bersentuh serta bergerak-gerak; bergesel: Dua benda yg ~ menghasilkan haba. 2 beralih sedikit dr tempatnya; beranjak sedikit: Dia tidak mahu ~ dr tempat duduknya. menggeser menyentuh sesuatu yg lain sambil bergerak; menggesel. menggeserkan menolak dll supaya beralih; mengalih: ~ kerusi ke belakang. geseran sentuhan akibat bergeser; hasil perbuatan menggeser. pergeseran 1 persentuhan yg berlaku ketika bergerak; hal bergeser. 2 ki perbezaan pendapat; perselisihan antara dua orang atau dgn beberapa orang lain. 3 peralihan tempat; pergantian jawatan (ttg pegawai). penggeseran perbuatan menggeser atau menggeserkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
geser | (gésér); bergeser 1. = bergeseran bergeselan, bergosokan, bersentuhan: derauan hujan berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu ~; 2. berengsot, beralih tempat: dia tidak ~ dr tempatnya; menggeser menggesel, menggosok: lututnya luka kerana ~ simen; menggeserkan mengalih, menolak (menarik) supaya berengsot: ~ kerusi sedikit ke belakang; tergeser tergesel; ~ kena miangnya, terlanggar kena rebasnya prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya); geseran 1. geselan, gesekan; 2. (Lin) bunyi desis yg dihasilkan apabila udara melalui ruang yg sempit (spt [s]); pergeseran 1. pergesekan; 2. perselisihan, pertelingkahan: sebarang ~ dlm parti tidak boleh dianggap sbg jalan ke arah keretakan; di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; 3. pertukaran tempat, peralihan tempat; penggeseran perihal (perbuatan dsb) menggeserkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geser | /gésér/;bergeser 1. bersentuh serta bergerak-gerak; bergesel: Dua benda yg ~ menghasilkan haba. 2. beralih sedikit dr tempatnya; beranjak sedikit: Dia tidak mahu ~ dr tempat duduknya. menggeser menyentuh sesuatu yg lain sambil bergerak; menggesel. menggeserkan menolak dll supaya beralih; mengalih: ~ kerusi ke belakang. geseran sentuhan akibat bergeser; hasil perbuatan menggeser. pergeseran 1. persentuhan yg berlaku ketika bergerak; hal bergeser. 2. ki perbezaan pendapat; perselisihan antara dua orang atau dgn beberapa orang lain. 3. peralihan tempat; pergantian jawatan (ttg pegawai). penggeseran perbuatan menggeser atau menggeserkan. | Kamus Pelajar |
bunyi geser | bunyi yg terjadi kerana udara keluar melalui celah yg sempit dll, geseran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suap geser(friction feed) | Sistem penyuapan kertas pencetak yang berfungsi berdasarkan kertas yang dikapit oleh dua penggiling. Apabila kedua-dua penggiling berputar, geseran pada kedua-dua penggiling menolak kertas ke hadapan. | Kamus Komputer |
gesel | (gésél) gosok, geser; bergesel bersentuh (dgn), bergosok (dgn), kena-mengena: makan minum terpaksa bersama-sama, kadang-kadang ~ badan; ~ bahu berhubungan erat, bergaul, bergandingan; bergeselan saling bersentuhan; gesel-menggesel saling menggesel; menggesel menggeser, menggosok: bola putih itu ~ bola biru; menggeselkan menggeserkan, menggosokkan: apabila tanduknya mula tumbuh, rusa itu ~nya pd batang-batang kayu; tergesel tersentuh, tergeser, tergosok; ~ kena miang, tergegar kena rebas prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);geselan gesekan, geseran;pergeselan perihal bergesel: ~ personaliti juga boleh menimbulkan pelbagai masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gesek | (gésék) gosok, geser; asah se~ sehari; bergesek bergosok, bergeser; menggesek menggosok (mata dll), menggeser (tali biola, gitar, dll): ~ mata; mempergesek-gesekkan menggosok-gosokkan, menggeser-geserkan (dua benda); gesekan hasil perbuatan menggesek; pergesekan perihal bergesek (bergosok); penggesek 1. orang yg menggesek; 2. alat utk menggesek (biola dll); 3. = ~ api Kl mancis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkertak gigi | menggeserkan atau tergeser gigi dgn gigi hingga menyebabkan bunyi kertak-kertuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkertak | ; ~ gigi menggeserkan atau tergeser gigi dgn gigi hingga menyebabkan bunyi kertak-kertuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kosak-kasik | a) bunyi benda dll yg bergeseran (bergerak-gerak, berengsot-engsot, dll); b) kerap bergerak-gerak (bergeser-geser dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |