aeroponik | (aéroponik) kaedah atau teknik menanam tumbuh-tumbuhan yg digantung di dalam persekitaran rumah hijau dgn menyemburkan larutan nutrien pd akar yg terjulur di udara: sistem ~ hanya memerlukan tong gentian, pengepam dan paip getah; ~ adalah salah satu konsep menanam tumbuh-tumbuhan di dalam persekitaran rumah hijau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah sintetik | getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah tiruan | getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah I | 1. cairan pekat yg keluar dr bermacammacam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~ lambung; ~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = ~ sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; ~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baikjuga drpd kerabat yg lain; bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; tergetah terkena getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hos | tiub yg dibuat drpd getah dll utk mengalirkan cecair, gas dsb: Air paip itu disalurkan ke kolam melalui ~ getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hos | tiub yg dibuat drpd getah dll utk mengalirkan cecair, gas dsb: Air paip itu disalurkan ke kolam melalui ~ getah. | Kamus Pelajar |
pancur | 1 = pancuran hal atau keadaan keluar dr sesuatu dgn deras (bkn air dsb): bunyi ~ air. 2 = pancuran saluran yg mengalirkan air dgn deras; tempat air disalurkan supaya mengalir dgn deras: Emak masih di ~ membasuh kain. 3 = pancuran paip air. 4 alat utk menyalurkan susu getah ke dlm mangkuk; sudu getah. memancur keluar mengalir ke bawah dgn derasnya; memancar ke luar: Dr mulut patung itu, ~ air yg jernih. memancurkan mengalirkan ke bawah; mencucurkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
betung I | 1. besar: buluh ~; katak ~; 2. = buluh ~ sj buluh yg besar, Dendrocalamus asper; rumput ~ sj tumbuhan (rumput bergetah), rumput getah (jernang, tawar, udang), Daemonorhops didymophyllus; tebu ~ sj tebu besar; ~ ditanam aur tumbuh prb diharapkan yg baik, kiranya dapat yg buruk; ~ bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang prb orang (anak bujang atau orang dagang) yg bebas dan tidak ada ikatan apa-apa; bagai membelah ~ = memijakkan ~ sebelah prb tidak adil atau berat sebelah (bkn pendirian dll); bereda (berteduh) di bawah ~ prb pertolongan yg tidak memadai;membetung membuat atau membubuh paip utk saluran air (najis dll); pembetungan 1. kerja-kerja membetung; 2. sistem penyaliran najis, air kumbahan dsb ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah: Kerajaan Pusat memutuskan utk menswastakan perkhidmatan sistem ~ di seluruh negara;pembetung 1. sesuatu yg berbentuk panjang, bulat dan berongga di dalamnya spt buluh utk menyalurkan air dsb: bulat air kerana ~, bulat kata kerana muafakat; 2. saluran atau parit drpd konkrit dll bawah tanah yg merentasi jalan raya atau landasan kereta api: masalah kekurangan ~ dikenal pasti sbg punca banjir di landasan kereta api itu setiap kali hujan lebat; 3. saluran paip bawah tanah utk menyalirkan najis, kumbahan dsb ke loji pemprosesan dsb: mereka perlu menanggung kos membaiki ~ najis yg tersumbat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancur | 1 = pancuran hal atau keadaan keluar dr sesuatu dgn deras (bkn air dsb): bunyi ~ air. 2 = pancuran saluran yg mengalirkan air dgn deras; tempat air disalurkan supaya mengalir dgn deras: Emak masih di ~ membasuh kain. 3 = pancuran paip air. 4 alat utk menyalurkan susu getah ke dlm mangkuk; sudu getah. memancur keluar mengalir ke bawah dgn derasnya; memancar ke luar: Dr mulut patung itu ~ air yg jernih. memancurkan mengalirkan ke bawah; mencucurkan. | Kamus Pelajar |
aliran | 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikiran (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah peperangan Kedah; 6. arah perkembangan, kecenderungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pembahagian atau pengelasan pelajar atau pelajaran dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pembayaran wang tunai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |