ghalib | 1. berjaya, beruntung, menang; 2. biasa, lazim: apa ~nya yg terjadi kalau kita meminjamkan wang kpd orang lain?; pd ~nya biasanya, lazimnya, pd umumnya; mengghalibkan membiasakan, melazimkan; keghaliban kebiasaan, kelaziman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lazim | telah umum (dipakai, dilakukan, dll), biasa, ghalib, selalu: hal yg seumpama itu telah ~ berlaku di England; ~nya biasanya, selalunya, umumnya; melazimkan menjadikan lazim, membiasakan: agama pun mengizinkan laki-laki beristeri empat dan adat pun ~nya pula; kelaziman sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi pihak mahkamah membenarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh itu; pelaziman proses menjadikan sesuatu (tindakan, perlakuan) lazim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |