baris gilir FILO(FILO queue) | Baris gilir yang susunan penyimpanan membolehkan data yang awal dilayan kemudian, manakala data yang masuk kemudian ke dalam baris gilir dilayan dahulu. Bandingkan baris gilir FIFO. | Kamus Komputer |
baris gilir FIFO(FIFO queue) | Baris gilir yang susunan penyimpanannya membolehkan data yang awal dilayan awal manakala data yang masuk kemudian ke dalam baris gilir dilayan kemudian. Bandingkan baris gilir FILO. | Kamus Komputer |
gilir | ganti, tukar, pusing (pekerjaan yg dilakukan berganti-ganti); bergilir berganti dgn mengikut aturan, bertukar berturut-turut: mereka ~ berjabat tangan; tanaman ~ tanaman yg ditanam menurut aturan, sbg ganti tanaman yg lain pd tanah (tapak) yg sama; ~-ganti berganti-ganti; bergilir-gilir, bergiliran sesudah yg satu diganti dgn yg lain, berganti-ganti, bertukar-tukar: tujuh kali ~ berpantun; menggilirkan, mempergilirkan melakukan (menjadikan dll) supaya bergilir-gilir: petani-petani yg baik ~ tanamannya; giliran = pergiliran sl pergantian, pertukaran (pekerjaan yg dilakukan bergilir-gilir): waktu malam ~ memasak ini jatuh kpd kawan-kawan yg lain pula; ~ tanaman (Tani) pertukaran menanam berbagai-bagai tanaman (pokok) dgn berganti-ganti menurut aturan, pd tanah (tapak) yg sama; kegiliran memperoleh giliran; penggiliran perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menggantikan seseorang dgn yg lain secara bergilir-gilir atau mengikut giliran: isu ~ jawatan Ketua Menteri itu sedang hangat dibincangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baris gilir dua hujung(double-ended queue) | Baris gilir yang mempunyai dua hujung terbuka untuk membolehkan unsur ditambah atau dihapuskan pada mana-mana hujung. Singkatan dekiu. | Kamus Komputer |
tadarus | pembacaan al-Quran secara bergilir-gilir dan dilakukan dlm kumpulan, sambil disemak oleh ahli kumpulan. bertadarus mengaji al-Quran secara bergilir-gilir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gilir | , = giliran ketika atau peluang melakukan atau berlakunya sesuatu mengikut susunan yg teratur; pergantian yg teratur: Besok ~ kamu pula memasak. bergilir bertukar atau berganti mengikut aturan; berganti berturut-turut: Kerana perjalanan itu terlalu jauh, kami terpaksa ~ memandu kereta. bergilir-gilir sesudah satu yg lain pula; berganti-ganti: Tiap-tiap orang hendaklah ~ masuk ke dlm bilik itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gilir | = giliran ketika atau peluang melakukan atau berlakunya sesuatu mengikut susunan yg teratur; pergantian yg teratur: Besok ~ kamu pula memasak. bergilir bertukar atau berganti mengikut aturan; berganti berturut-turut: Kerana perjalanan itu terlalu jauh, kami terpaksa ~ memandu kereta. bergilir-gilir sesudah satu yg lain pula; berganti-ganti: Tiap-tiap orang hendaklah ~ masuk ke dlm bilik itu. | Kamus Pelajar |
kelompok(batch) | 1. Kumpulan rekod, dokumen, atau maklumat yang berlainan yang dianggap membentuk satu unit. 2. Kumpulan atur cara, suruhan, atau tugasan yang dimuatkan serentak dalam baris gilir untuk tujuan pemprosesan sekali jalan oleh komputer. Tugasan dilayan mengikut gilirannya dlam baris gilir berdasarkan penentuan tertentu. | Kamus Komputer |
bergilir-gilir | sesudah satu yg lain pula; berganti-ganti: Tiap-tiap orang hendaklah ~ masuk ke dlm bilik itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergilir-gilir | sesudah yg satu diganti dgn yg lain, berganti-ganti, bertukar-tukar: tujuh kali ~ berpantun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |