golek | /golék/; bergolek 1 bergerak berpusing (ttg benda-benda bulat); berguling: Bola yg ditendangnya itu ~ masuk ke dlm gol. 2 berbaring. menggolekkan 1 membuat supaya bergolek; menggulingkan. 2 menjadikan berbaring: ~ badan membaringkan badan. tergolek 1 jatuh berguling; terguling. 2 terletak berbaring; tergelimpang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
golek | /golék/; bergolek 1. bergerak berpusing (ttg benda-benda bulat); berguling: Bola yg ditendangnya itu ~ masuk ke dlm gol. 2. berbaring. menggolekkan 1. membuat supaya bergolek; menggulingkan. 2. menjadikan berbaring: ~ badan membaringkan badan. tergolek 1. jatuh berguling; terguling. 2. terletak berbaring; tergelimpang. | Kamus Pelajar |
golek II | (golék) Jw patung (drpd kayu dll); wayang ~ wayang yg dimainkan dgn golek; ~ jonggol (jenggel) patung yg boleh duduk (tetapi tidak boleh berbaring). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golek I | (golék) 1. guling; ~ para Kl sj permainan kanak-kanak (buah pinang dll diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh berguling); ayam ~ ayam yg dimasak atau dipanggang bulat-bulat (tidak dikerat-kerat); bantal ~ bantal guling (berbentuk bulat panjang); bola ~ judi dgn menggunakan bola yg digulingkan ke petak-petak yg bernombor; hantu ~ hantu yg berguling-guling di tanah; 2. Kd geleng (kepala); bergolek 1. berguling, bergerak berpusing (bola, guli, dll); 2. berbaring; ~-gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca; bergolek-golek 1. berbaring-baring; 2. = bergolekan berguling-guling; bergolekan berguling-guling; tergolek 1. jatuh berguling; 2. terbaring, tergelimpang; ~ di nan datar prb Mn mendapat bahaya oleh perkara kecil; golekan hasil menggolek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golek III | (golék); mangga ~ sj mangga yg besar dan manis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guling | ; ~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal golek); berguling bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat; berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek; bergulingan berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~; mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (bkn perahu);menggulingkan 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya; terguling telah digulingkan, tergolek: dlm pilihan raya lepas partinya ~; terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golek jonggol (jenggel) | patung yg boleh duduk (tetapi tidak boleh berbaring). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golek para | Kl sj permainan kanak-kanak (buah pinang dll diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh berguling); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wayang golek | wayang yg dimainkan dgn golek; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golek-gelentang | berguling-guling, berbalik-balik, bergolek-golek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |