gomol | ; bergomol berpeluk-peluk spt orang bergusti kerana hendak menjatuhkan lawan; bergumpal; bergelut. menggomol memeluk orang kerana hendak menjatuhkannya. pergomolan perbuatan bergomol; pergelutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gomol | ; bergomol berpeluk-peluk kerana hendak menggulingkan lawan (spt orang bergusti), bergelut, bergumpal, bergulat; menggomol memeluk seseorang erat-erat (kerana hendak menggulingkannya dll); pergomolan perihal bergomol, pergelutan; penggomolan perbuatan menggomol, penggulatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gomol | bergomol berpeluk-peluk spt orang bergusti kerana hendak menjatuhkan lawan; bergumpal; bergelut. menggomol memeluk orang kerana hendak menjatuhkannya. pergomolan perbuatan bergomol; pergelutan. | Kamus Pelajar |
gelut I | gomol, gulat, perkelahian pura-pura (budak-budak dll); adu ~ perlawanan bergomol; bergelut 1. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (spt orang bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (utk menunjukkan kekuatan seseorang dll); 2. berkelahi: ia luka kerana ~ dgn tiga orang perompak; 3. bertungkus-lumus atau bergiat dgn hebatnya (melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung (bertentangan, bersaingan, dsb): suatu fakta penting utk penghidupan dlm dunia yg ~ dan berlumba-lumba ini; ~ dgn maut; bagai tupai ~ prb perihal kehebatan langkah dll seorang pendekar;menggelut memeluk hendak menghempas (menggulingkan dll); pergelutan 1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2. perkelahian; 3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan: mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |