gonggong | ; menggonggong membawa dgn mulut; menggondol: Kucing itu ~ anaknya ke sana ke mari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gonggong II | sj lokan atau siput. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gonggong I | ; menggonggong 1. membawa (memegang) dgn mulut atau paruh (bkn anjing, burung, dll), menggondol: mereka mengejar seekor anjing yg lari ~ sepotong daging; 2. menyalak (anjing); spt gagak ~ telur prb perihal lelaki yg buruk atau hitam beristerikan perempuan cantik atau berkulit putih; gonggongan salakan (anjing): sayup-sayup terdengar ~ anjing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gonggong | menggonggong membawa dgn mulut; menggondol: Kucing itu ~ anaknya ke sana ke mari. | Kamus Pelajar |
mengongkong | menyalak dgn kuat, menggonggong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kongkong II | bunyi (salak) anjing yg kuat; mengongkong menyalak dgn kuat, menggonggong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dendang I | sj burung, gagak, Corvus macrorhynchos; ~ laut sj burung, Sula leucogaster; burung ~ air = ~ laut sj burung, kosa, Phalcrocorax carbo; ~ (meng)gonggong telur prb perempuan hodoh berpakaian cantik; dandang III. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semut | sj serangga yg merayap; jenis-jenisnya: ~ api sj semut, Tetraponera rufonigra; ~ gajah sj semut, Camponotus gigas; ~ gula sj semut, Monomorium pharaonis; ~ kayu sj semut yg besar dan hitam (yg mengorek kayu), Camponotus herculaneus; ~ kerengga sj semut, Oecophylla smaragdina dll; ~ dipijak tidak mati, gajah diharung ber-gelimpangan = ~ terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga prb perihal jalan se-orang perempuan yg baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat); ~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi prb perbuatan yg bukan-bukan; di mana ~ mati kalau tidak dlm gula = mati ~ kerana gula prb manusia itu akan tertipu dgn pujuk rayu; umpama ~ mempersembah-kan paha belalang kpd raja prb pemberian yg amat sedikit; semut-semut berasa kebas kerana lama ter-tekan dll (bkn kaki dan tangan), berasa senyar; menyemut berkerumun dgn ramainya, menge-lilingi sesuatu dgn ramainya: ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana; semut-semutan, kesemut-semutan, kesemutan semut-semut: sekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan kesemutan di kakinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjing | 1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, mun-cikari, jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan; ~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~ koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~ lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg ber-warna merah; ~ penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki pen-jenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis menjejaki penjenayah, mengesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg berwarna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~ sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga, Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang Eskimo utk menarik heretan mereka dsb; ~ diberi makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg meng-ulangi perbuatan yg tidak senonoh (perem-puan jahat dll); ~ menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun ~ menyalak bukit bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb se-suatu yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang; bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor (di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya); melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb dikatakan kpd seseorang yg mendapat kesusahan yg amat sangat, sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn seseorang yg didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~ menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg habis; umpama ~ makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak membezakan yg baik dgn yg jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |