Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula-gula 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gulabenda manis yg dibuat drpd air beberapa jenis tumbuh-tumbuhan terutamanya tebu. ~ aising gula berbentuk serbuk halus yg digunakan utk membuat aising kek dsb. ~ anggur gula yg dibuat drpd buah anggur. ~ batu gula yg berketul-ketul. ~ darah ist glukosa yg terdapat dlm darah. ~ kabung gula yg dibuat drpd nira kabung. ~ melaka gula yg dibuat drpd nira kelapa. ~ merah gula berwarna coklat atau coklat kehitam-hitaman yg dibuat drpd air tebu. ~ pasir gula yg dibuat drpd air tebu dan berupa spt pasir. ~ ringkas gula dlm bentuk yg tidak dpt dihuraikan lagi (glukosa dsb). ~ tarik sj kuih yg dibuat drpd gula dll. gula-gula 1 bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2 apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. ~ getah gula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan. menggulai memberi bergula; membubuh gula pd: ~ kopi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gula-gula1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka;Kamus Dewan Edisi Keempat
gula Ibenda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
gula-gula1 bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2 apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. ~ getah gula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengulum1 menahan sesuatu (spt gula-gula) di dlm mulut dgn tidak menelannya; mengemam; menggumam: ~ gula-gula. 2 mengeluarkan kata-kata dgn tidak membuka mulut: ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kulum; mengulum 1 menahan sesuatu (spt gula-gula) di dlm mulut dgn tidak menelannya; mengemam; menggumam: ~ gula-gula. 2 mengeluarkan kata-kata dgn tidak membuka mulut: ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gula-gula1. bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2. apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati.Kamus Pelajar
mengulum1. menahan atau membiarkan (gula-gula dll) di dlm mulut, mengemam: dikulumnya gula batu dlm mulutnya; 2. menggumam, mengeluarkan suara (perkataan dll) dgn tidak membuka mulut; ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut;Kamus Dewan Edisi Keempat
tengguli IIMn 1. air gula, gula kelapa yg dicairkan; 2. air tebu yg sudah dimasak, ceng; bak ~ ditukar cuka prb, Mn kejadian yg ber­tukar drpd suatu keadaan yg menggirangkan kpd yg menyedihkan (yg senang kpd yg susah).Kamus Dewan Edisi Keempat
pepermin(pépermin) 1. sj pudina; 2. gula­-gula yg berperisa pudina.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas