Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.na.gu.na] | ݢونا٢

Definisi : jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.na.gu.na] | ݢونا٢

Definisi : jampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guna-guna

Puisi
 

Guna apa senduduk sebatang,
     Di tepi jalan dahannya melintang;
Saya duduk tuan datang,
     Bagaikan bulan dipagari bintang.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Bagai kena sentung pelali.

Bermaksud :

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pesona1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusah­kan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (si­hir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; keterpesonaan keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg tersirat di dalamnya; kepesonaan perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat.Kamus Dewan Edisi Keempat
memasang guna-gunamengenakan guna-guna;Kamus Dewan Edisi Keempat
cenduai Imantera (guna-guna) utk memikat hati wanita, jampi; minyak ~ minyak pengasih (guna-guna) utk memikat hati wanita.Kamus Dewan Edisi Keempat
guna II; guna-guna jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~; menggunai mengguna-gunai; mengguna-gunai mengenakan guna-guna (ubat pengasih) pd.Kamus Dewan Edisi Keempat
guna II; guna-guna jampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih. mengguna-gunai mengenakan guna-guna pd.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hobat= hobatan sl jampi, guna-guna, mantera, sihir; orang ~ orang yg pandai mem­per­guna­kan jampi (guna-guna, mantera, sihir, dll); menghobatkan menjampi, memanterai.Kamus Dewan Edisi Keempat
guna IIguna-guna jampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih. mengguna-gunai mengenakan guna-guna pd.Kamus Pelajar
guna-gunajampi dsb utk memikat hati orang; ubat dsb supaya dikasihi orang; ubat pengasih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
guna-gunajampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
pelintuhguna-guna (mantera, jampi, dll) utk melemahkan lawan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas