guntung II | sj kail yg diikat pd pelampung dan pelampung ini pula berhubung satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guntung I | tidak lancip, kotong, pendek (tiang, lengan baju, dll); baju ~ baju lengan pendek; tiang ~ tiang yg tidak lancip pd hujungnya; mengguntung memotong bahagian hujung atau depan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiang guntung | tiang perahu yg papak pd puncaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiang guntung | tiang yg tidak lancip pd hujungnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baju guntung | baju lengan pendek; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiang | 1. kayu yg dipasang tegak utk menyokong sesuatu bahagian bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2. tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~ telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon); mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara; ~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~ balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas (berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk menyambung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~ kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar); bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya; bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang, bertonggakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |