Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gusidaging tempat gigi tumbuh;gatal ~ terlalu ingin akan sesuatu makanan.Kamus Pelajar
gonyeh/gonyƩh/; menggonyeh mengunyah dgn gusi spt orang tidak bergigi.Kamus Pelajar
gigi1. benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2. bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1:~ sikat; ~ gergaji. 3. ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi.Kamus Pelajar
akarbahagian tumbuh-tumbuhan (biasanya terdapat dlm tanah) yg menghisap makanan dan air. ~ ceracak akar yg mencuar ke atas dan digunakan utk bernafas (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg hidup terapung di atas air atau yg tumbuh di kawasan yg selalu digenangi air). ~ gigi bahagian gigi yg di dlm gusi. ~ jangkang akar yg keluar menganjur berkeping-keping dr pangkal pokok (spt yg terdapat pd pokok beringin dll); banir. ~ serabut akar yg tumbuh spt serabut pd pangkal atau pd batang pokok jenis monokotiledon dan juga pd tekung pokok menjalar. ~ sokong akar yg tumbuh dr batang dan juga dr dahan beberapa jenis pokok (spt pokok mengkuang dll) dan menjadi sokong yg kuat kpd pokok itu. ~ tumpang akar yg tumbuh pd mana-mana bahagian pokok selain pd akar ulung. ~ tunjang akar yg tumbuh pd pangkal pokok terus ke dlm tanah. ~ udara akar yg tumbuh bergantungan dr sesuatu pokok utk menyerap air dr udara. ~ ulung akar yg mula-mula tumbuh dr biji.Kamus Pelajar

Kembali ke atas