Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.bu/] | هابوق

Definisi : benda halus kering macam serbuk yg terdapat pd permukaan bumi, pd permukaan objek, atau berterbangan ditiup angin; ~ gergaji zarah-zarah halus kayu yg terhasil semasa kayu digergaji; berhabuk 1. dipenuhi habuk, berdebu: meja tulisnya ~ kerana tidak pernah disapu; 2. bp, ki beria-ia mengatakan itu dan ini (membuat cadangan dsb) tetapi hanya cakap kosong: cakapnya ~ tetapi kerjanya tidak ada satu pun yg nampak hasilnya; 3. bp fasih (bertutur dlm sesuatu bahasa asing); kehabukan dipenuhi habuk, berhabuk, ber­debu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.bu/] | هابوق

Definisi : benda yg halus spt tepung; debu. ~ papan serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji. berhabuk ada habuk pd sesuatu; dipenuhi habuk; berdebu: Perabot di dlm rumah tinggal itu semuanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata habuk


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
habukbenda yg halus spt tepung; debu. ~ papan serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji. berhabuk ada habuk pd sesuatu; dipenuhi habuk; berdebu: Perabot di dlm rumah tinggal itu semuanya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berhabukada habuk pd sesuatu; dipenuhi habuk; berdebu: Perabot di dlm rumah tinggal itu semuanya ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
habuk papanserbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
habukbenda yg halus spt tepung; debu. ~ papan serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji.Kamus Pelajar
penutup habuk(dust cover)Penutup yang digunakan untuk melindungi perkakasan komputer daripada habuk atau debu.Kamus Komputer
habukbenda halus kering macam serbuk yg terdapat pd permukaan bumi, pd permukaan objek, atau berterbangan ditiup angin; ~ gergaji zarah-zarah halus kayu yg terhasil semasa kayu digergaji; berhabuk 1. dipenuhi habuk, berdebu: meja tulisnya ~ kerana tidak pernah disapu; 2. bp, ki beria-ia mengatakan itu dan ini (membuat cadangan dsb) tetapi hanya cakap kosong: cakapnya ~ tetapi kerjanya tidak ada satu pun yg nampak hasilnya; 3. bp fasih (bertutur dlm sesuatu bahasa asing); kehabukan dipenuhi habuk, berhabuk, ber­debu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tudung cakera(disk cover)1. Penutup pada pek cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. 2. Penutup pada bekas cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain.Kamus Komputer
serbukbenda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila di­nyala-kan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg diguna-kan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk; menyerbuk menjadi (spt) serbuk; menyerbukkan menghancurkan (me­numbuk, mengisar, dll) menjadi serbuk; menyerbuki Id memindahkan (mengena­kan) debunga pd stigma; penyerbukan 1. proses membuat sesuatu menjadi serbuk; 2. Id pemindahan debunga.Kamus Dewan Edisi Keempat
debuhabuk yg halus drpd tanah dll; abu; lebu: ~ yg berterbangan itu masuk ke dlm matanya. berdebu ada debunya; dipenuhi debu; berhabuk: Jalan yg belum bertar itu masih ~ lagi. mendebu 1 seakan-akan debu; sbg debu (halus sekali). 2 menaburkan atau menyemburkan debu: Kapal terbang juga digunakan utk menyembur dan ~. mendebui menyapu atau menaburkan debu pd; menyelaputi sesuatu dgn debu: Penyakit kulat dpt dikawal dgn ~ daun dgn serbuk sulfur. pendebu ubat atau bahan dlm bentuk debu (utk mencegah penyakit dll): Serbuk sulfur dpt digunakan sbg ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
celakhabuk hitam (biru) utk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata): ~ mata; pensel ~ sj pensel utk mewarnai kening dan keliling mata; bercelak memakai celak; mencelak, mencelaki menghitamkan kening (bulu mata, keliling mata) dgn celak.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas