Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kam­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terseliptermasuk di antara benda-benda lain; terselit; tersisip: Surat itu ~ di antara halaman-halaman buku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terseliptermasuk di antara benda-benda lain; terselit; tersisip: Surat itu ~ di antara halaman-halaman buku.Kamus Pelajar
selip; menyelipkanterselip termasuk di antara benda-benda lain; terselit; tersisip: Surat itu ~ di antara halaman-halaman buku.Kamus Pelajar
selip; menyelipkan memasukkan se­suatu di celah-celah benda lain; me­nye­litkan. terselip termasuk di antara benda-benda lain; terselit; tersisip: Surat itu ~ di antara halaman-halaman buku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menatal(Komp) menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pd skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur;Kamus Dewan Edisi Keempat
tatal IImenatal (Komp) menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pd skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur; penatalan perbuatan atau proses menatal (bkn paparan teks pd skrin paparan)Kamus Dewan Edisi Keempat
pengeluaran halaman(page-out)Proses mengeluarkan halaman yang sedia ada dalam ingatan utama untuk digantikan dengan halaman yang mengandungi bahagian dokumen yang dikehendaki dalam sistem ingatan tuntutan ambilan. Bandingkan pemasukan halaman.Kamus Komputer
penatalan(scrolling)Pergerakan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, atau ke kanan data paparan secara baris demi baris, atau halaman demi halaman, untuk mengisi tingkap paparan pada tempat pilihan pengguna.Kamus Komputer
pemasukan halaman(page-in)Penggantian halaman yang sedia ada dalam ingatan utama dengan halaman yang mengandungi bahagian dokumen yang dikehendaki dalam sistem ingatan tuntutan ambilan.Kamus Komputer
pencetak halaman(page printer)Pencetak yang menyediakan keseluruhan halaman yang akan dicetak terlebih dahulu sebelum mencetak keseluruhan halaman itu.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas