hambat I | ; berhambat-hambat, berhambat-hambatan berkejar-kejaran: lari ~; menghambat, memperhambat 1. memburu, mengejar (kerana hendak menangkap atau menyerang dll): ia ~ binatang itu sekuat-kuatnya; Peringgi pun pecahlah lalu lari ke air diperhambat oleh orang Melaka; 2. memikat (hati), menawan (hati): anak yg kecil itu ~ hati ibunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terserandung | terhantuk pd (kaki), tersampuk, tersandung: ada yg lari berhambat-hambat ~ jatuh rebah-rempah drpd sangat sukanya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
randung | ark; terserandung terhantuk pd (kaki), tersampuk, tersandung: ada yg lari berhambat-hambat ~ jatuh rebah-rempah drpd sangat sukanya itu; merandungkan melanggarkan, memijakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejar | hambat, buru; main ~-~ main hambat-menghambat (sj permainan kanak-kanak); berkejar pergi dgn terburu-buru (ke sesuatu tempat), meluru (ke sesuatu tempat), berlari cepat (utk mendapatkan seseorang): dua buah kereta bomba telah ~ ke tempat kebakaran itu; berkejaran, berkejar-kejaran berlari beramai-ramai (banyak-banyak), berlari hambatmenghambat (buru-memburu): dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah; mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (mendapatkan, menangkap) seseorang atau sesuatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, bersungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih di-kejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang; mengejarkan 1. menghantar atau membawa dgn seberapa segera (dgn terburu-buru): dia telah dikejarkan ke rumah sakit dlm keadaan luka parah; 2. membuat supaya mengejar (seseorang atau sesuatu); terkejar dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yg lari dll), terhambat, tersusul; tidak ~ tidak terikut (tersusul); terkejar-kejar terlari-lari, terburu-buru, tergesa-gesa: pemuda itu datang ~ hendak menari dgn Jasmah; kejaran perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan: lari dr ~ musuh; seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung; pengejaran perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhambat-hambat | , berhambat-hambatan berkejar-kejaran: lari ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hambat II | menghambat menyekat (sesuatu pergerakan dll); menghalang; merintangi: Tanah runtuh telah ~ perjalanan kami ke Bentung. hambatan halangan; rintangan. penghambat sesuatu atau seseorang yg menghambat; penghalang; penyekat: Golongan yg berfikiran kolot merupakan ~ kemajuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hambat I | ; berhambat bergerak dgn langkah yg lebih cepat drpd berjalan; berkejar; berlari. berhambat-hambatan berlari buru-memburu antara satu dgn yg lain; berkejar-kejaran. menghambat 1 mengejar kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Polis sedang ~ pencuri yg melarikan diri itu. 2 menawan hati; memikat hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hambat II | ; menghambat menahan, menghalang, menyekat, merintangi: pertempuran satu lawan satu telah ~ kemajuan tentera Jepun; kapal perang itu telah ~ pelayaran kami; Islam tidak akan ~ kemajuan kerana apa yg dikaitkan dgn kemajuan juga dibendung oleh hukum-hukum alam yg mengikut kehendak Allah; terhambat terhalang, tertahan: keindahan alam tidak dapat dilihat kerana ~ oleh kabut yg tebal; hambatan 1. halangan, rintangan, sekatan: halangan dan ~ yg mempengaruhi mutu pengajian bahasa Melayu; 2. penghalang, pengempangan (kayu dll); penghambatan perihal atau perbuatan menghambat, penghalangan, perintangan; penghambat sesuatu yg menghambat, penghalang, perintang, penyekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hambat II | menghambat menyekat (sesuatu pergerakan dll); menghalang; merintangi: <i>Tanah runtuh telah ~ perjalanan kami ke Bentong.i> penghambat sesuatu yg menghambat; penghalang; penyekat:<i>Golongan yg berfikiran kolot merupakan ~ kemajuan kampung itu.i> | Kamus Pelajar |
hambat I | berhambat bergerak dgn langkah yg lebih cepat drpd berjalan; berkejar; berlari. berhambat-hambatan berlari buru-memburu antara satu dgn yg lain; berkejar-kejaran. menghambat 1. mengejar kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: <i>Polis sedang ~ pencuri yg melarikan diri itu.i> 2. menawan hati; memikat hati. | Kamus Pelajar |