nyawa-nyawa ikan | hampir-hampir mati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meregang jiwa (nyawa) | hampir-hampir mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyawa-nyawa ikan | hampir-hampir mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyawa tinggal di hujung rambut | hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyawa | roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan dll ketika hidup; jiwa: ~nya melayang. ~-~ ikan hampir-hampir mati. bernyawa mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. senyawa sudah menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina); berpadu benar; sebati. bersenyawa 1 menjadi satu; bersebati: Hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan, ~ menjadi air. 2 menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina). mensenyawakan menjadikan senyawa; menjadikan sebati.mempersenyawakan menjadikan bersenyawa; menjadikan bersebati. persenyawaan 1 perbuatan atau hal bersenyawa; perpaduan. 2 proses yg melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyawa | roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan dll ketika hidup; jiwa: ~nya melayang. ~-~ ikan hampir-hampir mati. bernyawa mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. senyawa sudah menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina); berpadu benar; sebati. bersenyawa 1 menjadi satu; bersebati: Hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan, ~ menjadi air. 2 menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina). mensenyawakan menjadikan senyawa; menjadikan sebati. mempersenyawakan menjadikan bersenyawa; menjadikan bersebati. persenyawaan 1 perbuatan atau hal bersenyawa; perpaduan. 2 proses yg melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. | Kamus Pelajar |
nyawa | 1. roh yg menghidupkan manusia (haiwan dll), jiwa, semangat: janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; undang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia; ~nya sudah melayang ia sudah mati; membuang ~ = menyabung ~ menentang bahaya maut; minta ~ minta dihidupkan; ~-~ ikan hampir-hampir mati; 2. ki yg amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati: aduhai adinda, ~ kekanda; ~ bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya; satu ~ dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri); senyawa sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati; bersenyawa menjadi satu (dgn), bersebati (dgn): hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan ~ menjadi air; mensenyawakan menjadikan senyawa; mempersenyawakan menjadikan bersenyawa, menyebatikan: kalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain; persenyawaan perihal bersenyawa, perpaduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; bernyawa 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menarik nyawa (jiwa) | sudah hampir mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meregang badan | menarik-narik badan (hampir mati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdaun | 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |