hangat-hangat kuku | tidak terlalu hangat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hangat-hangat | 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hangat | 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedudukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau menyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat men- jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), memeriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, menggentingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ perdebatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), kemeriahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ perdebatan itu meresahkan orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hangat | 1 tinggi suhunya kerana dibakar, direbus dll (bukan panas matahari); panas: air ~; besi ~. 2 masih baru berlaku dan menarik perhatian orang (ttg berita dll): Berita itu masih ~. 3 penuh bersemangat; berapi-api (ttg ucapan dll): pidato yg ~. 4 meriah: Lawatan menteri itu telah mendapat sambutan ~ drpd penduduk kampung. 5 tegang atau genting (bkn keadaan politik, perdebatan dll): Pergolakan politik di negara itu kian ~. ~ hati a. terlalu marah. b. sangat girang hati; gembira. hangat-hangat 1 ketika atau sementara masih hangat; panas-panas: Makanan itu lebih sedap jika dimakan ~. 2 hangat spt yg dpt dirasa. ~ kuku tidak terlalu hangat. menghangatkan 1 menyebabkan atau menjadikan hangat; menaikkan (meninggikan) suhu sesuatu; memanaskan: ~ kuah. 2 menjadikan meriah; memeriahkan: Acara-acara menarik telah disediakan utk ~ perayaan Hari Kebangsaan. 3 menjadikan tegang atau genting; menegangkan; menggentingkan: Hal-hal keagamaan telah ~ perdebatan itu. memperhangat menjadikan lebih hangat. kehangatan keadaan atau sifat hangat; kepanasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hangat | 1. tinggi suhunya kerana dibakar, direbus dll (bukan panas matahari); panas: air ~; besi ~. 2. masih baru berlaku dan menarik perhatian orang (ttg berita dll): Berita itu masih ~. 3. penuh bersemangat; berapi-api (ttg ucapan dll): pidato yg ~. 4. meriah: Lawatan menteri itu telah mendapat sambutan ~ drpd penduduk kampung. 5. tegang atau genting (bkn keadaan politik, perdebatan dll): Pergolakan politik di negara itu kian ~. ~ hati a. terlalu marah. b. sangat girang hati; gembira. hangat-hangat 1. ketika atau sementara masih hangat; panas-panas: Makanan itu lebih sedap jika dimakan ~. 2. hangat spt yg dpt dirasa. ~ kuku tidak terlalu hangat. menghangatkan 1. menyebabkan atau menjadikan hangat; menaikkan (meninggikan) suhu sesuatu; memanaskan: ~ kuah. 2. menjadikan meriah; memeriahkan: Acara-acara menarik telah disediakan utk ~ perayaan Hari Kebangsaan. 3. menjadikan tegang atau genting; menegangkan; menggentingkan: Hal-hal keagamaan telah ~ perdebatan itu. memperhangat menjadikan lebih hangat. kehangatan keadaan atau sifat hangat; kepanasan. | Kamus Pelajar |
suam-suam kuku | tidak berapa hangat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suam | tidak terlalu panas, hangat: tuang sedikit air ~ supaya semua garam itu larut; ~-~ kuku tidak berapa panas (air); badannya ~-~ badannya agak panas (kerana demam), dedar; kesuaman rasa hangat: kasih sayang, dakapan mesra sambil merasai ~ tubuh ibu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suam | agak tinggi suhunya; agak panas: ~-~ kuku tidak berapa hangat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suam | agak tinggi suhunya; agak panas: ~-~ kuku tidak berapa hangat. | Kamus Pelajar |
pesam | 1. hangat, panas (air dll): pakaian yg sudah dicuci itu hendaklah dibilas dgn air ~ dan kemudian dgn air sejuk; 2. = ~ kuku = panas ~ tidak berapa panas, suam-suam kuku; memesamkan menghangatkan, memanaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |