hangus (-hangus) hati | a) panas hati, marah; b) terlalu rindu (ingin); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
letung II | Kl; hangus ~ hangus langsung (nasi dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hangus letung | hangus langsung (nasi dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gosong II | hangus; bergosongan ark hangus, terbakar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehangusan | 1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hangus | menjadi rosak atau binasa kerana dimakan api; menjadi hitam kerana dimakan api: Rumahnya ~ dlm kebakaran itu. menghanguskan membakar sesuatu sampai hangus (menjadi hitam). kehangusan 1 keadaan hangus. 2 habis dimakan api; terbakar: Segala barang keperluannya ~ dlm kebakaran itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hangus I | menjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi hitam: maka mahligai itu pun habis ~; ikan itu tidak dapat dimakan lagi kerana ~ sewaktu dipanggang; ~(-hangus) hati a) panas hati, marah; b) terlalu rindu (ingin); belanja (perbelanjaan, wang) ~ wang hantaran pengantin lelaki kpd pihak perempuan utk belanja kahwin (lain drpd mas kahwin); ~ tiada berapi, karam tiada berair prb menderita kesusahan yg amat sangat; menghanguskan membakar sampai hangus; ~ hati (dada) memanaskan hati, menjadikan sangat marah; kehangusan 1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus; ~ hati a) panas hati, sangat marah; b) kerinduan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hangus | menjadi rosak atau binasa kerana dimakan api; menjadi hitam kerana dimakan api: Rumahnya ~ dlm kebakaran itu. menghanguskan membakar sesuatu sampai hangus (menjadi hitam). kehangusan 1. keadaan hangus. 2. habis dimakan api; terbakar: Segala barang keperluannya ~ dlm kebakaran itu. | Kamus Pelajar |
hangus III | ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Dichapetalum (Chaillettia) spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hangus II | sj ikan darat, arang ekor, Balantiocheilus melanopterus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |