suatu | hanya satu; satu saja: Pd ~ hari mereka telah pergi berguru kpd Adi Putera. | Kamus Pelajar |
tunggal | 1 tidak ada yg lain lagi; hanya satu: anak ~ anak yg seorang saja; wakil ~ wakil yg hanya satu. | Kamus Pelajar |
suatu | hanya satu; satu saja: Pd ~ hari, mereka telah pergi berguru kpd Adi Putera. sesuatu 1 apa-apa yg belum tentu; barang apa yg kurang tentu: Dia membongkok ke tanah mencari ~. 2 tiap-tiap satu: Drpd ~ ekar, mereka boleh mendapat 300 gantang padi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunggal | 1 tidak ada yg lain lagi; hanya satu: anak ~ anak yg seorang saja; wakil ~ wakil yg hanya satu. 2 tidak berbelah bagi; dgn sepenuh-penuhnya (ttg perasaan, fikiran dll): dgn ~ hati dgn sepenuh hati. menunggalkan 1 menjadikan satu. 2 membulatkan menjadi satu: ~ fikiran membulatkan atau memusatkan fikiran. ketunggalan 1 keadaan tunggal; keesaan. 2 kebulatan fikiran dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
satu | 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati bermuafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah melangsungkan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 menggabungkan atau mengumpulkan menjadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) menyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suatu | 1. hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi; sesuatu perkara (hal, barang, dll) yg kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi spt orang mencari ~ yg hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; bersuatu bergabung menjadi satu, bersatu: kita berdua ini ~ perasaan, ~ peringatan, ~ tujuan; mempersuatukan menjadikan bersuatu, mempersatukan; ®satu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mufrad | Ar hanya satu, tunggal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bitara | tiada taranya, hanya satu-satunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wakil tunggal | wakil yg hanya satu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
monobes | /monobés/ ist mempunyai hanya satu ion logam atau radikal positif. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |