ketengan | eceran, runcit-runcit atau sedikit-sedikit (bkn penjualan atau pembelian barang-barang); harga ~ harga runcit, harga barang yg dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harga | 1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) mengambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg menghendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenarkan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentukan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harganya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jualannya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan penghormatan (pujian, sanjungan, dsb), menganggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan; hadiah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
eceran | perihal menjual barang sedikitsedikit: pedagang ~ di pinggir jalan; harga ~ harga menjual barang sedikit-sedikit, harga (jualan) runcit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belian | barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
eceran | 1 jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2 keluaran (surat khabar dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harga catut | harga yg lebih tinggi drpd harga rasmi, harga gelap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ecer II | (écér) Jw; mengecerkan menjual sedikit-sedikit, menjual (secara) runcit; eceran perihal menjual barang sedikitsedikit: pedagang ~ di pinggir jalan; harga ~ harga menjual barang sedikit-sedikit, harga (jualan) runcit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ecer | /écér/; mengecerkan menjual sedikit-sedikit; menjual runcit. eceran 1 jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2 keluaran (surat khabar dll). pengecer orang yg menjual secara runcit; penjual runcit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baku I | 1. Jw bkn sesuatu yg pokok, yg dasar, yg benar; makanan ~ makanan utama; harga ~ harga pokok; 2. bkn sesuatu yg (sudah) diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), standard: bahasa Melayu ~; sebutan ~ bahasa Melayu;membakukan menjadikan baku (standard), menstandardkan: usaha-usaha ~ ejaan Rumi bahasa Melayu; ~ sebutan kata dlm bahasa Melayu;kebakuan sifat atau keadaan baku (bkn bahasa, sebutan, ejaan dsb): pertandingan pidato itu juga menitikberatkan ~ bahasa dr segi sebutan dan tatabahasa;pembakuan usaha (tindakan, proses) membakukan (menstandardkan): kecekapan sistem ini dapat mempercepat proses pembinaan dan ~ bahasa; ~ ejaan dan sebutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
catut II | 1. = tukang ~ = pencatut a) orang yg berniaga dlm pasar gelap; b) orang yg berniaga dgn mengambil untung yg melampau-lampau; 2. orang yg mencari wang (keuntungan) dgn jalan haram (spt makan suap dll); harga ~ harga yg lebih tinggi drpd harga rasmi, harga gelap; politik (tukang) ~ bp cara-cara atau tindak-tanduk yg bertujuan utk mencari laba dgn sebanyak-banyaknya; mencatut 1. berniaga secara gelap, menjadi pencatut; 2. menjual sesuatu dgn mengambil untung yg melampau-lampau; 3. menipu, membelit; 4. mempergunakan nama orang (pangkat, kuasa, dll) utk mendapat keuntungan sendiri; catutan hasil atau keuntungan yg diperoleh drpd kerja mencatut; percatutan perihal berniaga secara gelap (tidak sah, haram dll); pencatutan perihal (perbuatan dsb) mencatut; pencatut tukang catut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |