Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ta] | هرتا

Definisi : barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yg dipunyai oleh seseorang (syarikat, pertubuhan, dll); ~ bawaan (pembawa, pembawaan) harta yg dibawa pd ketika berkahwin; ~ benda barang-barang kepunyaan, berbagai-bagai barang yg berharga (sbg kekayaan); ~ bersama = ~ carian (laki bini) = ~ suarang harta yg diperoleh suami isteri bersama; ~ dunia barang-barang yg tidak kekal, barang-barang duniawi; ~ hibah harta yg diberi dgn keredaan pemiliknya (sebelum dia meninggal dunia); ~ jangka panjang (Eko) benda (spt tanah, bangunan, jentera, dll) utk keperluan perusahaan dlm jangka waktu panjang, aset jangka panjang; ~ jangka pendek (Eko) wang atau benda yg mudah dijadikan wang, aset jangka pendek; ~ karun harta benda yg tidak diketahui empunyanya (pemiliknya) atau yg didapati dgn tidak sah; ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang; ~ mudah cair (Eko) benda yg mudah dijadikan wang (dijual); ~ pencarian harta benda yg didapati drpd usaha sendiri (bukan yg dipusakai); ~ (pen)dapatan harta yg dibawa oleh pihak perempuan; ~ pusaka harta warisan (harta peninggalan si mati); ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm masa perang; ~ sepencarian harta yg diperoleh drpd usaha suami isteri; ~ tanah (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yg terdapat di atasnya (spt bangunan, tanaman, balak, atau galian); ~ sung­guh harta yg berupa mata benda; ~ tak sungguh (Eko) hak yg tidak berupa benda (spt hak cipta dll); ~ tidak kurang keadaan harta melebihi hutang; ~ pulang ke tuan prb sudah sangat cocok utk seseorang; berharta mempunyai harta, kaya, berada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ta] | هرتا

Definisi : barang-barang spt rumah, tanah yg berharga yg dipunyai oleh seseorang. ~ benda segala barang yg berharga. ~ karun harta yg tidak diketahui tuannya. ~ milik barang-barang kepunyaan seseorang. ~ pusaka barang-barang berharga peninggalan orang yg telah meninggal dunia. ~ rampasan barang-barang yg dirampas dlm peperangan dll. ~ terpendam segala harta, emas dsb yg tidak diketahui sebelumnya dan yg tersimpan (tersembunyi) di sesuatu tempat, di dlm tanah dll. berharta mempunyai harta; berada; kaya: Dia hidup senang sebab dia orang ~. hartawan 1 mempunyai harta; berharta; kaya: Orang itu bangsawan lagi ~. 2 orang yg berharta; orang kaya: Dia ~ yg terkenal di negeri ini. kehartawanan sifat hartawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harta (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, kebendaan, kekayaan, kemewahan, pusaka;,
Kata Terbitan : berharta,

Puisi
 

Bukanlah mahal harga perabot,
     Tidak ternilai tinggi harganya;
Harta orang jangan direbut,
     Kalau direbut buruk padahnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harta orang hendak dikebas.

Bermaksud :

Orang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas).

 

Lihat selanjutnya...(50)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
peninggalan1 segala se­suatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
benda1. barang: ~ apa yg diletakkannya di atas meja itu? 2. barang yg berharga, harta: harta ~; 3. setiap yg dapat diraba dan dilihat, jasad; ~ hidup segala yg hidup; 4. bp hal, peristiwa, kejadian: apa ~; tidak ada ~; ~ cair benda yg berubah bentuk menurut tempatnya; ~ galian bahan (benda) yg diambil dr dlm tanah; ~ mati benda yg tidak bernafas (bergerak dll); ~ rencam benda yg terdiri lebih drpd satu jenis jirim; ~ rentung benda yg telah menjadi arang; ~ tara benda yg dijadikan ukuran (dll), piawai; ~ tunggal benda yg terdiri drpd satu jenis jirim; berbenda ark berharta, berada, kaya;membendakan menjadikan (menganggap) benda;kebendaan 1. segala yg berupa benda (barang berharga dll): masyarakat yg gila ~; 2. bersifat (berupa) benda: keperluan ~; memberi sokongan semangat dan ~; 3. bersifat gila akan harta benda: manusia sekarang terlalu ~;perbendaan perihal mengumpulkan barang-barang (harta benda dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
harta pusakaharta warisan (harta peninggalan si mati);Kamus Dewan Edisi Keempat
karunorang yg kaya pd zaman Nabi Musa dan kerana sifat angkuhnya, dia terbenam ke dlm tanah bersama-sama hartanya: harta ~ harta yg terpendam di dlm tanah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cucuran hartapembahagian harta kpd waris (kewarisan harta).Kamus Dewan Edisi Keempat
cucuranaliran ke bawah, pancaran, pan­curan; ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh; ~ harta pembahagian harta kpd waris (kewarisan harta).Kamus Dewan Edisi Keempat
waris IAr 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanakkanak tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya; ~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg hampir sekali (anak, cucu, dll); ~ negeri sl waris yg bakal menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum (adat, agama, dll); berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kpd pemerintah; mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifatsifat Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg ditinggal­kan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisasisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial; mewariskan 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi; warisan 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turun­temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; kewarisan mendapat warisan; perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak ~; pewarisan perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik; pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.Kamus Dewan Edisi Keempat
karunorang yg kaya raya pd zaman Nabi Musa dan kerana keangkuhannya, terbenam ke dlm tanah bersama harta bendanya; menjadi ~ menjadi kaya-raya; harta ~ a) harta yg ter­pendam (tidak diketahui tuannya); b) Mn harta yg diperoleh dgn jalan haram; dapat ~ timbul = dapat harta ~ prb mendapat ke­untungan besar dgn tidak bekerja susah-susah.Kamus Dewan Edisi Keempat
halal1 dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Da­ging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2 diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3 direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) se­suatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba.Kamus Pelajar Edisi Kedua
manah Ibp kep amanah (amanat); harta ~ = mas ~ Mn a) harta benda (yg dipusakai drpd nenek moyang); b) persembahan yg diberikan kpd raja (sewaktu raja mengadakan majlis perkahwinan dll); bermanah mempunyai harta benda, banyak meninggalkan harta benda.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas