harung I | ; mengharung, mengharungi 1. berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; harung-harung, harung-harungan 1. tempat orang mengharung (bahagian sungai dll yg tidak dalam); 2. laut yg boleh dilayari; pengharungan perihal (perbuatan dsb) mengharung(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harung-harung | , harung-harungan 1. tempat orang mengharung (bahagian sungai dll yg tidak dalam); 2. laut yg boleh dilayari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harung-harungan | 1. tempat orang mengharung (bahagian sungai dll yg tidak dalam); 2. laut yg boleh dilayari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harung | ; mengharung 1 berjalan ke seberang (sungai dsb); berjalan dlm air (anak sungai, semak dll); meranduk: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa ~ anak sungai dan bencah. 2 belayar (di lautan dll); menempuh (lautan): Setelah tujuh hari tujuh malam ~ ombak dan gelombang, akhirnya mereka pun terdampar di sebuah pulau. mengharungi 1 berjalan menyeberangi anak sungai, belukar dll: Kerana tidak ada titian, mereka terpaksa ~ anak sungai itu. 2 belayar melalui laut atau sungai dgn kapal, perahu dll; melayari: Dgn kapal itu, dia telah berjaya ~ Lautan Pasifik. 3 ki melalui (mengalami, menghadapi) sesuatu kesukaran, kepahitan dsb: Dia tetap tabah dlm ~ hidup yg penuh cabaran ini. harungan 1 bahagian sungai dll yg tidak dalam; tempat orang mengharung. 2 laut yg dpt dilalui kapal. pengharungan perbuatan mengharung atau mengharungi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harung | ; mengharung 1. berjalan ke seberang (sungai dsb); berjalan dlm air (anak sungai, semak dll); meranduk: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa ~ anak sungai dan bencah. 2. belayar (di lautan dll); menempuh (lautan): Setelah tujuh hari tujuh malam ~ ombak dan gelombang, akhirnya mereka pun terdampar di sebuah pulau. mengharungi 1. berjalan menyeberangi anak sungai, belukar dll: Kerana tidak ada titian, mereka terpaksa ~ anak sungai itu. 2. belayar melalui laut atau di sungai dgn kapal, perahu dll; melayari: Dgn kapal itu, dia telah berjaya ~ Lautan Pasifik. 3. ki melalui (mengalami, menghadapi) sesuatu kesukaran, kepahitan dsb: Dia tetap tabah dlm ~ hidup yg penuh cabaran ini. harungan 1. bahagian sungai dll yg tidak dalam; tempat orang mengharung. 2. laut yg dpt dilalui kapal. pengharungan perbuatan mengharung atau mengharungi. | Kamus Pelajar |