hati II | ; hati-hati cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. berhati-hati berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. memperhatikan 1 memandang atau melihat dgn cermat; mengamat-amati: Segala gerak-geri dan tingkah lakunya diperhatikan oleh gurunya. 2 mengambil peduli; mempedulikan; mengendahkan: Dia tidak sedikit pun ~ nasihat ibu bapanya. perhatian keinginan atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. pemerhatian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. pemerhati 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tabah | , = ~ hati berani menghadapi bahaya dll; tidak gentar; cekal hati. menabahkan, = ~ hati menjadikan tabah (hati); memberanikan (hati); mencekalkan hati. ketabahan, = ~ hati sifat atau keadaan tabah; keberanian; kecekalan hati: Berkat ~nya, dia telah berjaya dlm peperiksaan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teliti | 1 cermat dan hati-hati (melakukan sesuatu): Dia membaca soalan-soalan itu dgn ~ sebelum menjawabnya. 2 sungguh-sungguh (ketika melakukan sesuatu); cermat; hati-hati: Direnungnya muka anaknya dgn ~. meneliti 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. ketelitian keadaan atau hal teliti; kecermatan. penelitian perbuatan atau hal meneliti. peneliti orang yg meneliti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
awas | 1 hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2 dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas (-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada: Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duka | (perasaan) susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~nya dgn melupakan peristiwa pahit itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beringat | berhati-hati; dgn hati-hati dan teliti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hati III | ; hati-hati nama sj pokok renek yg daunnya dijadikan ubat sakit perut, Coleus amboinicus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waspada | tidak cuai atau tidak lalai; hati-hati. berwaspada berhati-hati; beringat-ingat: Kita harus ~ terhadap tipu dayanya yg licin itu. kewaspadaan sifat atau keadaan waspada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecil hati | 1 tersinggung (bkn perasaan); marah. 2 tawar hati. berkecil hati 1 berasa tersinggung; agak marah. 2 berasa tawar hati. mengecilkan hati menjadikan kecil hati; menyinggung perasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menabahkan hati | menjadikan tabah (hati); memberanikan (hati); mencekalkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |