Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sanubari= hati ~ 1. jantung hati; 2. perasaan dlm hati atau batin: tidak ada cara yg tertentu utk menyelami isi sajak yg lahir drpd ~ penyairnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecil hati1 tersinggung (bkn perasaan); marah. 2 tawar hati. berkecil hati 1 berasa tersinggung; agak marah. 2 berasa tawar hati. mengecilkan hati menjadikan kecil hati; menyinggung perasaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sanubari, = hati ~ 1 jantung hati. 2 perasaan yg terkandung dlm hati; perasaan batin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
awas1 hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2 dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas (-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada: Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
agak-agak1 hati-hati; ingat-ingat: Bertutur pd malam hari ~. 2 = agaknya barangkali; gerangan: Bilakah ~ tuan dpt pergi ke sana?Kamus Pelajar Edisi Kedua
perdata IIJk 1. hati-hati, ingat-ingat, jaga­-jaga, teliti; 2. memerhatikan, mempedulikan, menghiraukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hati II; hati-hati cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. berhati-hati berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. memperhatikan 1 me­mandang atau melihat dgn cermat; mengamat-amati: Segala gerak-geri dan tingkah lakunya diperhatikan oleh gurunya. 2 mengambil peduli; mempedulikan; mengendahkan: Dia tidak sedikit pun ~ nasihat ibu bapanya. perhatian keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. pemerhatian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. pemerhati 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pusangark 1. = ~ hati tidak tenteram hati, rusuh hati, gelisah: di dlm hati sangatlah ~ melihat pangkalan ditutup pasang; 2. = perut ~ perut busung.Kamus Dewan Edisi Keempat
teliti1 cermat dan hati-hati (melakukan sesuatu): Dia membaca soalan-soalan itu dgn ~ sebelum menjawabnya. 2 sungguh-sungguh (ketika melakukan sesuatu); cermat; hati-hati: Direnungnya muka anaknya dgn ~. meneliti 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. ketelitian keadaan atau hal teliti; kecermatan. penelitian perbuatan atau hal meneliti. peneliti orang yg meneliti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedih1 = ~ hati rasa pilu dlm hati; susah hati: ~ rasanya mengenang peristiwa-peristiwa yg lalu. 2 dpt menimbulkan rasa pilu (hiba): cerita-cerita ~. bersedih, = ~ hati berasa pilu (hiba); berdukacita. menyedihkan menyebabkan berasa sedih; menimbulkan rasa sedih: Apa yg ~ kamu?. Keadaan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar amat ~. kesedihan perasaan atau keadaan sedih; kesusahan hati. penyedih orang yg mudah atau selalu berasa sedih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas