hemah | /hémah/ budi pekerti (yg mulia); tingkah laku (yg baik): Banyak orang yg tertarik oleh keikhlasan dan ~nya. berhemah berbudi pekerti (yg mulia): Orang itu ~ dan disegani. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hemah | (hémah) budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia; berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hemah | /hémah/ budi pekerti (yg mulia); tingkah laku (yg baik): Banyak orang yg tertarik oleh keikhlasan dan ~ nya. berhemah berbudi pekerti (yg mulia): Orang itu ~ dan disegani. | Kamus Pelajar |
pengindahan | perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
indah | cantik, bagus benar, elok, molek: di kawasan tersebut terdapat beberapa buah bangunan yg sangat ~; ~ permai sangat cantik; ~ khabar drpd rupa prb khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (drpd keadaan yg sebenarnya); mengindahkan menjadikan indah, mencantikkan: di keliling tasik itu, ditanam berjenis-jenis pokok bunga utk ~ kawasan itu; memperindah menambah keindahan (kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah (cantik): ia tidak pernah menyorot sesuatu karya utk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik dapat ~ karya itu; keindahan perihal indah, kecantikan, keelokan: mereka sedang menikmati ~ alam; pengindahan perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |