hentakan | hasil menghentak atau menghentakkan: ~ kakinya terlalu kuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hentakan | hasil perbuatan menghentak atau menghentakkan: ia meninggalkan ruang itu dgn ~ kaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hentakan | hasil menghentak atau menghentakkan: ~ kakinya terlalu kuat. | Kamus Pelajar |
detap | bunyi spt bunyi hentakan kasut ketika berjalan dll. berdetap berbunyi spt bunyi hentakan kasut ketika berjalan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
detap | bunyi spt bunyi hentakan kasut ketika berjalan dll. berdetap berbunyi spt bunyi hentakan kasut ketika berjalan dll. | Kamus Pelajar |
detap | bunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dsb); berdetap berbunyi spt bunyi hentakan kasut sewaktu berjalan (ranting kayu dipijak dsb): Lamid membuka matanya lebar-lebar apabila terdengar ranting ~ dipijak orang; mendetap-detapkan membunyikan hentakan kasut sewaktu berjalan: gadis itu ~ kakinya ke lantai dan mengetuk-ngetukkan jarinya ke meja; detapan bunyi berdetap: ~ kasutnya semakin cepat kedengaran menghampiri rumah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rentak | 1 hentakan kaki ke lantai dll kerana marah dsb: Dia menjawab dgn ~ dan marahnya. 2 = ~ lagu (muzik) tempo yg teratur dlm lagu; irama; tingkah: Sekaliannya bertepuk tangan, mengikut ~ muzik. berentak mempunyai rentak: Lagu itu ~ joget. merentak menghempaskan kaki ke lantai; menghentakkan kaki kerana marah dll: Dia bangun sambil ~ dan menengking. merentakkan; ~ kaki menghempaskan kaki; menghentakkan kaki. perentak, = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. serentak bersama-sama melakukan sesuatu (spt ketika menjawab, berteriak); serempak: Murid-murid itu menjawab ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tinjak | ark pijak, hentakan kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gertak I | tengking (hentakan kaki, ugutan, dll) utk menakut-nakutkan, gerantang; ~-gerantang = ~ sambal ugutan utk menakut-nakutkan saja; kalah ~ Id kalah suara, kalah kerana diugut; main ~ suka menakutkan orang; menggertak mengugut (mengancam, menakutkan) dgn suara yg keras dll: ia berjalan di hadapanku dgn muka yg marah, ~, dan menakut-nakutkan; menggertakkan 1. menghentak atau mengacu (sesuatu) utk mengugut: digertakkannya perisainya kpd anjing itu; 2. memacu (kuda) supaya kencang larinya: Patan itu pun naiklah ke atas kuda itu lalu digertakkannya; 3. mengeritkan (gigi, geraham) kerana marah dll; 4. Kl menggoncang (bekas barang dll) supaya isinya padat; gertakan 1. gertak; 2. perbuatan menggertak; penggertak 1. orang yg menggertak; 2. perkakas utk menggertak; 3. benda utk memberanikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdetap | berbunyi spt bunyi hentakan kasut ketika berjalan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |