hepatitis | (hépatitis) (Ubat) penyakit radang hati yg disebabkan oleh jangkitan (biasanya ditandai demam dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peradangan | berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengimunan | proses atau usaha mengimunkan manusia atau haiwan terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Program ~ terhadap virus hepatitis B utk orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengimunan | perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koronavirus | sekumpulan virus yg menyebabkan pelbagai penyakit kpd manusia dan binatang, antaranya jangkitan saluran pernafasan pd manusia dan hepatitis pd tikus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengimunkan | membuat manusia atau haiwan imun terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Usaha utk ~ kanak-kanak terhadap penyakit campak. keimunan keadaan imun terhadap sesuatu penyakit setelah diberi suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap demam kepialu. pengimunan proses atau usaha mengimunkan manusia atau haiwan terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Program ~ terhadap virus hepatitis B utk orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imun | (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~ terhadap rubela; mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar; keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~ terhadap polio; pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imun | ist tidak dpt diserang atau dijangkiti sesuatu penyakit kerana adanya antibodi, suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap penyakit polio. mengimunkan membuat manusia atau haiwan imun terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Usaha utk ~ kanak-kanak terhadap penyakit campak. keimunan keadaan imun terhadap sesuatu penyakit setelah diberi suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap demam kepialu. pengimunan proses atau usaha mengimunkan manusia atau haiwan terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Program ~ terhadap virus hepatitis B utk orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radang | 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |