herbivor | = haiwan ~ ist haiwan yg memakan tumbuh-tumbuhan, iaitu tumbuh-tumbuhan merupakan makanan utamanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
herbivor | (Bio) binatang yg memakan tumbuh-tumbuhan sahaja, maun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
herbivor | = haiwan ~ <>ist haiwan yg memakan tumbuh-tumbuhan, iaitu tumbuh-tumbuhan merupakan makanan utamanya. | Kamus Pelajar |
haiwan herbivor | ist haiwan yg memakan tumbuh-tumbuhan, iaitu tumbuh-tumbuhan merupakan makanan utamanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
binatang maun | binatang yg makan tumbuhan, herbivor; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maun | (binatang) yg memakan tumbuh-tumbuhan, herbivor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
binatang | makhluk yang bernyawa dan tidak berakal (seperti kucing, anjing, kuda, dan lain-lain), haiwan; binatang angkara binatang buas; binatang buruan binatang yang diburu (untuk dagingnya); binatang berdarah panas (Bio) binatang yang suhu badannya tetap; binatang berdarah sejuk (Bio) binatang yang suhu badannya berbeza daripada suhu persekitarannya; binatang dua alam binatang yang mula-mulanya hidup dlm air dan kemudiannya di darat (seperti katak dan lain-lain), amfibia; binatang hidup-hidupan binatang ternak; binatang kerip = binatang mengerip binatang yang mengerip (mempunyai gigi depan yang tajam), rodensia; binatang loceng binatang halus yang berbentuk loceng (vorticella); binatang lunak binatang yang berbadan lunak dan berkulit keras, moluska; binatang maging binatang yang makan daging, karnivor; binatang maserba binatang yang makan serba makanan, omnivor; binatang maun binatang yang makan tumbuhan, herbivor; binatang menceruh binatang yang memamah biak; binatang reptilia binatang berdarah sejuk yang merayap atau menjalar (seperti ular, buaya, dan lain-lain); binatang susu binatang yang menghasilkan susu; binatang ternak binatang yang diternak; binatang tahan palu, manusia tahan kias prb mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan (sindiran); | Kamus Dewan Edisi Keempat |