hidayat | sesuatu yg menjadi panduan atau pimpinan drpd Allah; bimbingan; petunjuk: Muhammad pesuruh Allah yg diutus utk membawa ~ dan agama yg benar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hidayat | sesuatu yg menjadi panduan atau pimpinan drpd Allah; bimbingan; petunjuk: Muhammad pesuruh Allah yg diutus utk membawa ~ dan agama yg benar. | Kamus Pelajar |
hidayat | , hidayah Ar pimpinan (bimbingan) drpd Tuhan, petunjuk: akhirnya beliau mendapat ~ dan taufik lalu memeluk agama Islam; menghidayatkan memberikan hidayat kpd (bkn Tuhan): Allah telah ~nya sehingga dia menjadi seorang yg beramal dan soleh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghidayatkan | memberikan hidayat kpd (bkn Tuhan): Allah telah ~nya sehingga dia menjadi seorang yg beramal dan soleh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taufik | Ar panduan dan pertolongan (Allah): kami meminta kpd Tuhan supaya memberi ~ dan hidayat kpd cikgu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipur | 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll), menghilangkan, melelapkan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yg dukacita itu; pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~ lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampaikan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |