hierarki | (hiérarki) susunan atau kedudukan tinggi rendah (dlm organisasi, masyarakat, dsb) berdasarkan taraf atau kekuasaan: syarat kemasukan ke dlm ~ syarikat dan peluang utk mencapai kedudukan tinggi sebahagian besarnya ditentukan oleh tingkat pendidikan; berhierarki mempunyai hierarki: masyarakat kasta secara unggulnya ~ sifatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hierarki | /hirarki/ tatatingkat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hierarki(hierarchy) | 1. Kedudukan susunan atau lapisan aturan tertentu bagi sesuatu butiran dalam struktur yang bertingkat. 2. Siri butiran yang dikelaskan mengikut kedudukan atau aturan. | Kamus Komputer |
tatatingkat | hierarki: salah satu peraturan ialah wujudnya ~ dlm hubungan antara individu dlm sesebuah keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhierarki | mempunyai hierarki: masyarakat kasta secara unggulnya ~ sifatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laluan(path) | 1. Jalan mengikut hierarki pohon susunan fail yang perlu dilalui untuk sampai ke fail. 2. Jalan dalam litar komunikasi yang perlu dilalui oleh isyarat untuk sampai ke pangkalan yang dituju. | Kamus Komputer |
skalogram | (Sos) teknik berbentuk jadual tentang hierarki petempatan yg digunakan dlm analisis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
strata | 1. lapisan (bumi dsb); 2. tingkat kedudukan, peringkat taraf (dlm susunan atau hierarki tertentu): novel-novel yg menyentuh soal keruntuhan akhlak, perbezaan ~, perbezaan kaum, penyelewengan persahabatan, dsb; berstrata terbahagi kpd beberapa kelas, golongan, tingkat dsb, bersusun lapis: sebuah masyarakat yg ~; penstrataan proses pembentukan tanah atau batuan yg bersusun lapis: beberapa muara tertentu akan mengalami percampuran sekata manakala pd masa-masa lain pula akan mengalami ~ atau menjadi berlapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatatingkat | susunan atau kedudukan tinggi rendah dlm organisasi, masyarakat dsb berdasarkan taraf atau kekuasaan; hierarki: Wujudnya ~ dlm hubungan antara individu dlm sesebuah keluarga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kegerejaan | (yg) berkaitan dgn gereja: skripnya pula lebih kpd tradisi lisan, dan apa yg penting drama itu harus membawa mesej ~; hierarki gereja mempunyai kuasa bebas dlm soal-soal keagamaan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |