balu III | Pr lali, hilang perasaan, tidak peduli lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lali | 1 tidak berasa apa-apa pd kulit; hilang perasaan: Selepas dibius, dia pun ~. 2 biasa benar dgn sesuatu hal sehingga tidak terasa susah lagi: Hidungnya sudah ~ dgn bau busuk dr kilang getah itu. melalikan menjadikan tidak berasa apa-apa atau tidak sedar. kelalian keadaan atau rasa lali. pelalian 1 perbuatan atau proses melalikan. 2 suntikan vaksin yg diberikan supaya tidak dijangkiti sesuatu jenis penyakit. pelali ubat dll yg dpt melalikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lali | 1 tidak berasa apa-apa pd kulit; hilang perasaan: Selepas dibius, dia pun ~. | Kamus Pelajar |
lali | 1. tidak berasa apa-apa pd kulit; hilang perasaan:Selepas dibius, dia pun ~. 2. biasa benar dgn sesuatu hal sehingga tidak terasa susah lagi: Hidungnya sudah ~ dgn bau busuk dr kilang getah itu. melalikan menjadikan tidak berasa apa-apa atau tidak sedar. pelali ubat dll yg dpt melalikan. | Kamus Pelajar |
lali I | 1. tidak berasa apa-apa (pd kulit dll), hilang perasaan: selepas diberi ubat dia pun ~; buku ~ mata kaki; 2. sudah biasa benar dgn sesuatu hal (hingga tidak terasa lagi akan kesusahan, kepayahan, dll): suara jerit pekik itu telah ~ pd telinganya; melalikan menyebabkan tidak sedar, menjadikan tidak berasa apa-apa (pd kulit dll): telah berbelas-belas tahun ia tinggal di kota yg banyak pemandangan indah-indah yg ~ perasaan dan melenakan fikiran; kelalian keadaan atau rasa lali; pelalian perihal melalikan; pelali (ubat dll) yg boleh melalikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekecilan hati | 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecil hati | 1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati; berkecil hati 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; mengecilkan hati menyebabkan (berasa) kecil hati, menyinggung perasaan: sbg anak, kita janganlah sekali-kali ~ orang tua kita; kekecilan hati 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemarahan | perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
marah | 1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |