Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hilir
Kata Terbitan : hilir-mudik, sehilir semudik,
Rujuk :muara;,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
olak IIIMn 1. hilir; ke ~ ke hilir; sebelah ~ sebelah hilir (bawah); 2. kembali, ulang; membayar ~ membayar kembali; berolak tidak kuat lagi, sudah agak lemah (badan dll), tidak mujarab lagi (ubat dll); mengolak 1. terpelanting kembali (kerana tidak lut dll); 2. enggan atau tidak hendak lagi (makan sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat
hilir1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik): ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja; ~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu ~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll; berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, meng­alir ke sana ke mari; menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus; berjalan ~ mudik ber­jalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya; menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dll) ke hilir; menghilirkan 1. membiarkan (mengha­nyut­­kan) menuju ke hilir, membiarkan meng­hilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu; hiliran berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, pen­jualan kereta dsb; pembangunan KLIA di­jangka meningkatkan pembangunan infra­struktur sokongan dan menggalakkan per­tumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~; berkehiliran berketentuan; penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di Sungai Lepeh.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghilirkan1. membiarkan (mengha­nyut­­kan) menuju ke hilir, membiarkan meng­hilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu;Kamus Dewan Edisi Keempat
mudik1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat; belum tentu hilir ~nya prb belum tentu ke­putusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hen­daklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat; bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke; memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera mar-hum yg mangkat di Buantan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hulu1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran.Kamus Dewan Edisi Keempat
simpang-siur1. terlalu banyak dan silang-me­nyilang (jalan raya, kawat telefon, dll); 2. terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku; 3. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana ber­liku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dll); 4. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik; bersimpang-siur bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengeruhkan1 menjadikan (menyebabkan) keruh: Hujan lebat di hulu telah ~ air di hilir. 2 menjadikan tidak aman atau tidak gembira: Pertengkaran kecil telah ~ suasana di tempat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
baruh I1. bawah: di ~ bukit; 2. tanah yg di sebelah bawah (hilir, dekat pantai): orang ~; 3. Kl sawah: padi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
silang-siur1. bersimpang-siur (jalan raya dll), simpang-menyimpang, saling merintangi; 2. hilir mudik (kenderaan dll), bersimpang-siur; bersilang-siur bersimpang-siur.Kamus Dewan Edisi Keempat
melangsir1. mengatur atau menyambung-nyambungkan gerabak kereta api; 2. bp berjalan-jalan kian ke mari (hilir mudik).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas