pengujian himpunan(assembly testing) | Pengujian yang dilakukan terhadap atur cara yang digabungkan daripada himpunan beberapa atur cara yang berkaitan untuk memastikan himpunan atur cara tersebut bekerja dengan lancar mengikut tentuan. | Kamus Komputer |
himpunan | sesuatu yg dikumpulkan; kumpulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
himpunan | kumpulan: sebuah ~ puisi; analisis yg menghuraikan sekumpulan ayat melalui satu ~ data; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
himpunan | sesuatu yg dikumpulkan; kumpulan. | Kamus Pelajar |
senarai himpunan(assembly listing) | Senarai tercetak yang dijanakan oleh penghimpun sebagai dokumen kepada suatu penghimpunan. Senarai ini menunjukkan, baris demi baris, bagaimana penghimpun menterjemahkan atur cara dalam bahasa himpunan. Senarai ini sangat penting untuk mencari ralat atau pepijat dalam atur cara. | Kamus Komputer |
longgok | himpunan (buah, padi, sampah, dll), onggok, timbun, tompok: buah itu sepuluh sen se~; berlonggok, berlonggok-longgok berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, bertompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; melonggokkan menghimpunkan, menimbunkan, menompokkan: nasi dilonggokkan di dlm daun itu; longgokan himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; pelonggokan perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan, penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan pemandangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kumpulan | 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya berkaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelompok | himpunan (beberapa orang, binatang, benda, dll), kumpulan (yg kecil bilangannya, jumlahnya, dsb), gugusan (awan, bintang): di langit kelihatan ~-~ awan hitam bergerak perlahan-lahan menuju ke selatan; ~ bintang (pulau) gugusan bintang (pulau); ~ kata beberapa perkataan yg dianggap sbg satu kumpulan (ikatan), rangkai kata; berkelompok bersatu (berhimpun, bergabung) menjadi kelompok (golongan kecil dll), berkumpul (bkn orang dll), (berada) berdekatan atau berdampingan hingga merupakan suatu kelompok atau kumpulan kecil: beberapa orang pekerja berehat ~ di bawah pokok; berkelompok-kelompok berhimpun atau berkumpul (terhimpun atau terkumpul) di dlm beberapa kelompok: pekerja-pekerja tersebut diasing-asingkan ~ menurut tugas masing-masing; mengelompokkan menyatukan (mengumpulkan dsb) menjadi kelompok atau beberapa kelompok, membahagikan (mengasingkan) kpd beberapa kelompok atau kpd kelompok-kelompok tertentu, menjadikan berkelompok atau berkelompok-kelompok: usaha ~ ilmu kpd bidang-bidangnya adalah utk tujuan pembentukan istilah dan perkamusan; kelompokan kelompok (himpunan, kumpulan kecil); kekelompokan perihal atau keadaan kelompok; pengelompokan perihal (perbuatan dsb) mengelompokkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa himpunan(assembly language) | Bahasa pengaturcaraan aras rendah yang menggunakan lambang khas atau kod yang menyerupai bahasa mesin untuk mengatur cara mikropemproses atau komputer pada peringkat sistem. | Kamus Komputer |
longgok | himpunan yg bertindih-tindih dan tidak teratur (bkn barang jualan dll); tompok: jual ~ jualan yg dibuat secara selonggok-selonggok (bukan satu-satu). berlonggok berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). berlonggok-longgok bertimbun-timbun; bertompok-tompok. melonggokkan menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. longgokan sesuatu yg dihimpunkan berlonggok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |