Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.na.an] | هيناءن

Definisi : sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hinaan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hinaansesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
nistaancelaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya se­belah, tapi belum dipercayainya ~ itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
cemuhanejekan, celaan, hinaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cemeeh (cemééh)Mn ejekan, hinaan, cemuh­an; mencemeehkan mengejek, menghinakan, mencemuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
cemuh; mencemuh, mencemuhkan mengejek, mencela, menghina: masyarakat akan ~nya; wanita yg nampaknya dicemuhkan itu sebenarnya disukainya; cemuh-mencemuh saling mencemuh: tidak dibenarkan ~ antara satu sama lain; cemuhan ejekan, celaan, hinaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
nista1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: di­katai­­nyalah isterinya di muka kawan-kawan­nya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~; makhluk ~ makh­luk yg hina; menista 1. memberi malu, mencela, meng­aibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosa­nya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya se­belah, tapi belum dipercayainya ~ itu; kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair.Kamus Dewan Edisi Keempat
hina1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlaku­kan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): per­buat­an itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) per­lakuan biadab terhadap mahkamah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas