hisap | ; menghisap menarik minuman, asap rokok dll ke dlm mulut atau hidung dgn nafas; menyedut; menghirup: Lebah ~ manisan bunga. Orang tua itu kuat ~ rokok. hisapan apa-apa yg (telah) dihisap; hasil drpd menghisap; sedutan. penghisapan perbuatan atau hal menghisap. penghisap 1 orang yg menghisap: ~ rokok. 2 alat utk menghisap: ~ candu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hisap | ; menghisap memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; ~ benak terlampau banyak mengambil untung dr orang lain; ~ darah memeras orang (mengambil bunga wang dgn banyak); hisapan hasil drpd menghisap, yg telah dihisap; ~ jempul ki berita atau karangan yg direka-reka (khabar yg dibuat-buat); penghisapan 1. perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan; 2. ki pemerasan, pemerahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; penghisap 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah, dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penulis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap; ~ darah orang yg suka memeras orang lain (dgn mengenakan bunga yg tinggi dsb atas pinjaman wang atau dgn cara lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hisap | menghisap menarik minuman, asap rokok dll ke dlm mulut atau hidung dgn nafas; menyedut; menghirup: Lebah ~ manisan bunga. Orang tua itu kuat ~ rokok. hisapan apa-apa yg (telah) dihisap; hasil drpd menghisap; sedutan. penghisapan perbuatan atau hal menghisap. penghisap 1. orang yg menghisap: ~ rokok. 2. alat utk menghisap: ~ candu. | Kamus Pelajar |
menyusu | menghisap air susu dr buah dada dsb: Adli baru berumur satu tahun setengah tetapi sudah berhenti ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengesip | menghisap-hisap buah (gula-gula dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengesip | menghisap-hisap (buah, gula-gula, dll): dikesipnya gula-gula itu kerana hendak menghilangkan rasa pedas di lidahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengesip | menghisap-hisap buah (gula-gula dsb). | Kamus Pelajar |
penyedutan | perbuatan menyedut (meng-hisap dll), penghisapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perokok | (orang yg) banyak atau kuat menghisap rokok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdecut | berbunyi spt bunyi anak kecil menghisap botol susu: anak itu menghisap botol susunya ~-decut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |