hujah I | Ar pendapat berserta alasan yg diberikan sbg menyokong atau menentang sesuatu pendirian (pandangan dsb): masing-masing mengemukakan ~ yg kuat; berhujah mengemukakan (memajukan) hujah: mereka ~ tentang manusia dan kemanusiaan, tentang dunia, dan keduniaan; menghujah memberi hujah (sewaktu menentang atau menyanggah pendapat orang lain): “Tahan macam mana?” Haron ~; menghujahkan memberikan hujah, mengemukakan pendapat (pandangan, alasan): beliau ~ bahawa ancaman dr kelalaian diri itu adalah lebih berbahaya; hujahan hujah: adanya pentafsir belum menjamin ketepatan maklumat dan ~ yg diketengahkan; penghujahan perihal memberikan hujah tentang (sesuatu), pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu: keupayaan menurunkan fikiran dan perasaan ke dlm bentuk tulisan dan ~ sesuatu persoalan; penghujah orang yg mengemukakan hujah (biasanya dlm perbahasan): ~ pertama bagi pihak pencadang dan pihak pembangkang perlu menggulung perbahasan masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejalan | 1. sama arah (tujuan, pemikiran, dll): hujah mereka ~ dgn hujah kami; 2. bkn garisan selari, sejajar; dua garisan ~ dua garisan yg sejajar; saudara ~ jadi saudara seibu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujah | keterangan yg nyata; alasan (bukti) utk menyokong atau utk menentang sesuatu pendapat dsb: Dia memberikan ~nya utk membuktikan kebenaran pendapatnya. berhujah mengemukakan atau mengeluarkan alasan atau bukti utk menentang atau utk menyokong sesuatu pendapat dsb: Dia ~ dgn panjang lebar utk mempertahankan pendapatnya. penghujah orang yg berhujah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hujah II | sl fitnah; menghujah memfitnah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujah | keterangan yg nyata; alasan (bukti) utk menyokong atau utk menentang sesuatu pendapat dsb: Dia memberikan ~nya utk membuktikan kebenaran pendapatnya. berhujah mengemukakan atau mengeluarkan alasan atau bukti utk menentang atau utk menyokong sesuatu pendapat dsb: Dia ~ dgn panjang lebar utk mempertahankan pendapatnya. penghujah orang yg berhujah. | Kamus Pelajar |
Hujjatul Islam | Ar gelaran bagi Imam al-Ghazali kerana kewibawaannya mempertahankan kemurnian Islam dgn hujah yg meyakinkan; ~ walmuslimin gelaran bagi ulama yg mempertahankan Islam dan orang Islam dgn hujah yg meyakinkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sofisme | hujah atau alasan yg nampaknya menarik dan meyakinkan tetapi sebenarnya palsu, biasanya bertujuan utk menipu atau memperdayakan seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hujahan | hujah: adanya pentafsir belum menjamin ketepatan maklumat dan ~ yg diketengahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
apologia | hujah seseorang utk membela atau mempertahankan pendapat atau tindakannya tentang sesuatu perkara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghujahkan | memberikan hujah, mengemukakan pendapat (pandangan, alasan): beliau ~ bahawa ancaman dr kelalaian diri itu adalah lebih berbahaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |