Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.rai] | هوراي

Definisi : ; menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb), mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan; menghuraikan 1. membuka simpul atau ikat­an (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memi­sah­kan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. mem­bentangkan dan menerangkan (keduduk­an, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesai­an: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambut­nya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melaku­kan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; penghuraian perihal (usaha dsb) menghurai­kan: soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum; ® urai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.rai] | هوراي

Definisi : ; berhurai 1 tidak terikat; bercerai-cerai; berderai. 2 terbuka (spt bunga kelapa, buah padi). menghurai menjadi berhurai; kembang terbuka. menghuraikan 1 membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2 menceritakan atau me­nerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3 mencerai-ceraikan atau meng­asingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. terhurai sudah dihuraikan atau diceraikan; sudah dijelaskan. huraian keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu hal atau perkara. penghuraian perbuatan atau hal menghuraikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hurai
Kata Terbitan : menghuraikan, terhurai, huraian, penghuraian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hurai; berhurai 1 tidak terikat; bercerai-cerai; berderai. 2 terbuka (spt bunga kelapa, buah padi). menghurai menjadi berhurai; kembang terbuka. menghuraikan 1 membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2 menceritakan atau me­nerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3 mencerai-ceraikan atau meng­asingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. terhurai sudah dihuraikan atau diceraikan; sudah dijelaskan. huraian keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu hal atau perkara. penghuraian perbuatan atau hal menghuraikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hurai; menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb), mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan; menghuraikan 1. membuka simpul atau ikat­an (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memi­sah­kan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. mem­bentangkan dan menerangkan (keduduk­an, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesai­an: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambut­nya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melaku­kan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; penghuraian perihal (usaha dsb) menghurai­kan: soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum; ® urai.Kamus Dewan Edisi Keempat
huraiberhurai 1. tidak terikat; bercerai-cerai; berderai. 2. terbuka (spt mayang, buah padi dll). menghurai menjadi berhurai; kembang terbuka. menghuraikan 1. membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2. menceritakan atau menerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3. mencerai-ceraikan atau mengasingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. terhurai sudah dihuraikan atau diceraikan; sudah dijelaskan. huraian keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu hal atau perkara. penghuraian perbuatan atau hal menghuraikan.Kamus Pelajar
pepohon hurai(parse tree)Struktur berbentuk pohon yang menyatakan struktur sintaks sesuatu ayat, bebas daripada sebarang konteks. Pepohon ini biasanya dijanakan pada peringkat awal penyusunan atur cara.Kamus Komputer
jadual hurai(parse table)Jadual yang memandu atur cara penghurai untuk menterjemahkan kenyataan atau ayat dalam sesuatu bahasa pengaturcaraan kepada rupa bentuk yang lebih sesuai untuk pemprosesan.Kamus Komputer
periwayatanperbuatan (proses) meng­hurai­kan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil;Kamus Dewan Edisi Keempat
penguraianperihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai.Kamus Dewan Edisi Keempat
urai1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai.Kamus Dewan Edisi Keempat
riwayatAr 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. ke­terangan atau berita tentang perbuatan (per­kataan dll) Nabi yg disampaikan oleh isteri­nya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah; 3. sejarah (ke­jadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala se­suatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi; menamatkan (meng­habiskan) ~nya a) meng­habiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp mem­bunuh atau mem­binasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah; beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. me­ngan­dungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah; meriwayatkan 1. menceritakan, me­ngi­sah­kan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg di­riwayatkan oleh Muslim; periwayatan perbuatan (proses) meng­hurai­kan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil; periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg me­ri­wayat-kan hadis.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas