Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf cetak yg ditulis miring; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
huruf miringhuruf cetak yg ditulis miring;Kamus Dewan Edisi Keempat
huruf miring (condong)huruf yg miring ke kanan bentuknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
huruflambang bertulis yg digunakan utk menyatakan bunyi dlm sesuatu bahasa; lambang dlm abjad. ~ awal huruf yg pertama dlm sesuatu perkataan. ~ benar huruf selain huruf saksi atau vokal; konsonan (l, s, t dll). ~ besar huruf yg berukuran dan berbentuk khusus, biasanya digunakan sbg huruf pertama bagi perkataan dlm ayat atau huruf pertama pd kata nama khas spt nama orang, nama tempat (mis, A, B, D, L). ~ cap huruf yg ditulis tegak dan tidak bersambung. ~ cetak huruf yg digunakan dlm cetak-mencetak. ~ Jawi huruf Arab yg digunakan utk menulis kata-kata dlm bahasa Melayu. ~ kecil huruf yg biasa digunakan, bukan huruf besar (mis, a, b, d, l). ~ miring (condong) huruf yg miring ke kanan bentuknya. ~ ringkas kependekan (spt KL bagi Kuala Lumpur). ~ Rumi (Roman) huruf menurut abjad Latin (spt a, A, b, B). ~ saksi huruf a, e, i, o, u; vokal. ~ tebal huruf yg dicetak tebal. berhuruf menggunakan huruf; ditulis dgn huruf: Berikan perkataan seerti bagi perkataan-perkataan yg ~ condong dlm ayat-ayat di bawah ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
huruflambang dlm sistem bunyi (bahasa) yg daripadanya sesuatu perkataan dlm tulisan dibentuk, lambang-lambang abjad, aksara; buta ~ tidak tahu membaca dan menulis; mata ~ huruf satu demi satu; tahu mata ~ = celik ~ tahu membaca dan menulis; menurut ~ (bkn terjemahan) kata demi kata, harfiah; ~ awal (pangkal) huruf yg pertama pd sesuatu perkataan; ~ balok Id huruf tegak yg tidak bersambung (spt huruf cetak); ~ benar konsonan; ~ besar huruf besar digunakan utk menulis pd permulaan perkataan (pd per­mulaan ayat, nama orang atau tempat, dll); ~ cap huruf tegak yg tidak bersambung; ~ cetak huruf yg biasa dipakai dlm buku, risalah, dsb yg dicetak; ~ hidup = ~ bunyi = ~ harakah = ~ saksi vokal; ~ Jawi huruf Arab utk menulis kata-kata Melayu; ~ kawi = ~ winggi tulisan Jawa Kuno; ~ kecil huruf yg biasa dipakai (lwn huruf besar); ~ lepas huruf yg tidak disambungkan (dirangkai-rangkaikan); ~ mad Ar huruf-huruf (alif, wau, dan ya) sbg tanda bacaan yg panjang; ~ mati huruf benar; ~ miring huruf cetak yg ditulis miring; ~ ringkas kependekan (spt KL utk Kuala Lumpur); ~ Rumi (Rumawi) huruf spt yg digunakan dlm tulisan Rumi bahasa Melayu (yakni A, B, C, D, dan seterusnya); ~ sambung huruf yg dirangkai-rangkaikan; ~ tebal huruf cetak yg tebal dakwatnya; ~ tulis huruf yg biasa dipakai dlm tulis-menulis; berhuruf memakai huruf, yg ditulis dgn huruf: buku yg ~ Rumi; penghurufan proses, perbuatan, seni, atau cara menulis huruf pd sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
huruflambang bertulis yg digunakan utk menyatakan bunyi dlm sesuatu bahasa; lambang dlm abjad. ~ awal huruf yg pertama dlm sesuatu perkataan. ~ benar huruf selain huruf saksi atau vokal; konsonan (spt l, s, t dll). ~ besar huruf yg agak besar dan digunakan pd permulaan ayat, nama orang dll (mis, A, B, D, L dsb). ~ cap huruf yg ditulis tegak dan tidak bersambung. ~ cetak huruf yg digunakan dlm cetak-mencetak. ~ Jawi huruf Arab yg digunakan utk menulis kata-kata dlm bahasa Melayu. ~ kecil huruf yg biasa digunakan, bukan huruf besar (mis, a, b, d, l dsb). ~ miring (condong) huruf yg miring ke kanan bentuknya. ~ ringkas kependekan (spt KL bagi Kuala Lumpur). ~ Rumi (Roman) huruf menurut abjad Latin (spt a, A, b, B dll). ~ saksi huruf a, e, i, o, u; vokal. ~ tebal huruf yg dicetak tebal. berhuruf menggunakan huruf; ditulis dgn huruf: Berikan perkataan seerti bagi perkataan-perkataan yg ~ condong dlm ayat-ayat di bawah ini.Kamus Pelajar
silang1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang­-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ ber­pangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, moto­kar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadi­kan atau meletakkan bersilang: ia pergi ber­baring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang­ siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar­-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas