Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hutan (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;,
Kata Terbitan : menghutan, menghutankan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai ke hutan seberang;
Kecillah kecil hendak berlaki,
     Apa belanja sekulit kerang.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
belukartanah yg ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil; hutan ~ hutan kecil; ~ sudah menjadi rimba prb kesalahan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bersesapan ~ prb pekerjaan yg tidak sempurna.Kamus Dewan Edisi Keempat
hutan belukarhutan kecil;Kamus Dewan Edisi Keempat
rabah Isj burung yg biasa terdapat di hutan kecil, Criniger tephrogenys.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecubung hutan (rimba)sj tumbuhan (pokok renek), jambul siul, kayu tabat, kemantan, kematan, pisang hutan kecil, Randia macrophylla;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengkudusj tumbuhan (pokok), Morinda spp.; ~ akar = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Morinda umbellata; ~ besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Morinda citrifolia; ~ hutan = ~ kecil sj tumbuhan (pokok renek), Morinda elliptica; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Rennellia spe-ciosa; spt batang ~, dahulu buah drpd bunga prb menganggap sudah menguasai atau me­miliki sesuatu perkara atau barang yg belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh.Kamus Dewan Edisi Keempat
kecubung I1. sj tumbuhan (pokok renek, yg bijinya memabukkan), Datura metel; 2. = ~ hitam (putih) sj tumbuhan (herba), Datura metel (fastuosa); ~ hutan (rimba) sj tumbuhan (pokok renek), jambul siul, kayu tabat, kemantan, kematan, pisang hutan kecil, Randia macrophylla; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, kepayang air, Gardenia tentacu-lata; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar batu, akar perut gagak (kerbau betina), Byttneria maingayi; batu ~ sj batu permata yg berwarna spt bunga kecubung; ~ berulam ganja prb sama-sama jahat; berkecubung berbentuk spt bunga kecubung (spt corong atau trompet); mulut ~ a) mulut (pemuras) yg berbentuk spt trompet; b) manis mulutnya (sangat lemah lembut percakapan­nya).Kamus Dewan Edisi Keempat
hutan belukarhutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil;Kamus Dewan Edisi Keempat
hutan1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa guna­nya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil man­faat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi po­kok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawa­san, dll) hutan: tanah bekas ditanam tem­bakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) ber­kena­an hutan; pegawai ~ pegawai yg men­jalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) mena­nami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jalan tikusjalan yg kecil (yg terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan);Kamus Dewan Edisi Keempat
tebas Ibertebas sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok kecil): semak-semak itu sudah ~; menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil: ia disuruh ~ semak; ~ hutan menebang pokok-pokok dlm hutan, mem-buka hutan utk bercucuk tanam dll; ~ jalan merintis (membuat) jalan di hutan; ~ mene-bang = menebang ~ menebang segala pokok (besar kecil), membersihkan drpd pokok-pokok: setelah habis ~ menebang mereka menunggu utk membakar pula; menebaskan 1. sl membersihkan drpd pokok yg kecil-kecil: tebaskanlah segala semak ini; 2. menebas utk; 3. memarangkan, menetakkan: ia ~ pedangnya ke leher askar itu sehingga putus; tertebas dapat ditebas: aku yakin hutan itu akan ~; tebasan kawasan yg sudah ditebas, cerang, ladang: sebelum membakar ~ itu, ia melapor­­-kannya dahulu kpd polis;penebasan perihal (perbuatan, kerja dsb) menebas atau menebaskan: ~ semak di bela-kang rumahnya itu masih belum selesai walaupun upahnya sudah lama dibayar.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas