gamit | isyarat memanggil dgn jari: ibarat ~ sudah berkecapi, ibarat kata sudah berjawab;gamit-gamitan sesuatu yg sering kali disebut-sebut orang, buah mulut orang: menjadi ~ orang;bergamit-gamitan 1. saling memberi isyarat dgn jari; 2. saling menyentuh dgn jari: kedua-duanya ~ dan kerling-mengerling; menggamit 1. memberi isyarat dgn jari (utk memanggil); 2. menyentuh jari, mencuit; ~ kecapi memetik kecapi; menggamitkan menyentuhkan jari, melambaikan (tangan) utk memanggil dll: kanak-kanak itu ~ tangannya spt meminta sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iktibar | Ar pengajaran, contoh, ibarat, teladan: mengambil ~ mengambil pengajaran (contoh, ibarat); menjadi ~ menjadi pengajaran (contoh, ibarat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibarat kiambang | ki perihal tidak teguh dan tidak tetap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dongeng ibarat | dongeng yg mengandungi ibarat | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyambung | 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), memanjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan disambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (telefon yg mendapat panggilan dgn sambungan-sambungan lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kias I | Ar 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. perbandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias; manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul; berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~; 2. memperbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-mengias berkias-kias, sindir-menyindir; mengiasi menyindir kpd; mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgnperbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. membuat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perumpamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dongeng | (dongéng) 1. = cerita ~ cerita khayalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata; berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu; mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, mengecek, dan memujuk dia supaya berkahwin; mendongengkan ki menyampaikan (menceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri; kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beribarat | 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar agama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beribarat | 1 ada ibarat atau teladannya: Cerita-cerita yg ~ sangat sesuai utk kanak-kanak. 2 memberi nasihat dll dgn menggunakan ibarat: Bapa selalu ~ semasa menasihati kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umpama | 1 sesuatu yg dijadikan perbandingan; ibarat. 2 = seumpama sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. umpamanya, umpamakan jika sekiranya; andai kata: ~ dia marah, bagaimana? mengumpamakan 1 menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengibaratkan: Ia ~ pengkhianat itu sbg sampah masyarakat. 2 memberi hormat spt yg sepatutnya: Jika kita tidak ~ orang, orang juga tidak akan ~ kita. perumpamaan 1 sesuatu yg dianggap sama dgn; ibarat. 2 peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain dan umumnya berisi pengajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |