Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tampanI 1 elok rupanya atau elok sikap­nya; kacak; segak: Potongan badan­nya cukup ~. 2 sesuai benar; layak; cocok: Beliau ~ menjadi tentera. Tiada ~ dia berlakon sbg ibu. menampan 1 mencuba-cuba pakaian dll. 2 menghias diri, rumah dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ibu1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cerai1 tidak bersatu; tidak melekat. 2 sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik cerai yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubung­an sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1 hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2 hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pasang IV; berpasang-pasangan, pasang­-memasang tembak-menembak, bedil-mem­bedil; memasang 1. menembakkan (senapang, meriam, dll): maka bedil pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; 2. menya­lakan (lampu dll), mencucuh (suluh, rokok, mercun); 3. mengenakan (mencantumkan dsb) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi sesuatu yg lengkap atau sempurna, mencantumkan (utk membina, melengkapi, dll): kilang ~ kereta; ~ pagar mendirikan pagar; ~ paip air melengkapi dgn paip air; 4. menahan (perangkap, jerat, lukah, dll); 5. mempertaruhkan wang (dlm permainan judi dll), menahan; 6. mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dll); ~ aksi Id berkelakuan yg dibuat-buat supaya elok kelihatan; ~ badan a) memakai pakaian cantik, menghias diri; b) Jk menjalani hukum­an di penjara; ~ bendera menaikkan (mengi­barkan) bendera; ~ guna-guna mengenakan guna-guna; ~ harga meletakkan (menen­tukan) harga; ~ iklan memasukkan iklan (dlm akhbar, majalah, dll); ~ jaga menempatkan (mengadakan) jaga; ~ kaki mengadakan (menempatkan) pengintip; ~ kancing mengenakan (melekatkan) kancing; ~ layar me­naikkan (mengenakan) layar; ~ mata men­jaga (memerhatikan) baik-baik; ~ mata-mata menempatkan (mengadakan) mata-mata utk menjaga dll; ~ pelana mengenakan pelana; ~ telinga meneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dll); memasangkan memasang sesuatu utk, me­ngenakan sesuatu pd, melengkapi sesuatu dgn: aku pasangkan juga kipas angin di depan ibu; pasangan 1. sesuatu yg dipasang; 2. wang yg dipasang (dlm permainan judi); 3. kuk yg dipasang pd tengkuk kerbau dll (utk menarik kereta dll); ~ tiba di kodok prb perintah (pe­kerjaan) yg tidak dapat dielakkan lagi; pemasangan perbuatan (kerja) memasang: ~ kawat telegraf; pemasang orang yg memasang.Kamus Dewan Edisi Keempat
indukMn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan; ~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~ bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi) Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~ kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a) orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang); berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk: contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-Eropah; perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk, sekeluarga.Kamus Dewan Edisi Keempat
jemparingJw, sl anak panah.jempol Id 1. ibu jari; 2. = jempolan yg terbaik, johan; cap ~ cap ibu jari (sbg ganti tandatangan); isapan ~ rekaan sendiri (bkn khabar dll), omong kosong;kejempolan bp kehandalan, keunggulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jari I1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg mempunyai rupa spt jari; ~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ ke­lengkeng = ~ anak (renek) ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu; ~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~ kecewa; penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada.Kamus Dewan Edisi Keempat
induk1 ibu (terutamanya kpd binatang); emak: ~ ayam ayam betina yg telah mempunyai anak. 2 ki yg paling besar; yg terutama; yg paling penting: kapal ~ kapal perang yg besar yg mengangkut kapal terbang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kacapuri1. ibu rumah yg letaknya di bahagian tengah; 2. bahagian istana yg letaknya di sebelah dalam, pusat istana; durian ~ durian yg isinya di tengahnya sahaja yg boleh di­makan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantang, 1 = ~ larang perbuatan dll yg terlarang dilakukan menurut adat atau kepercayaan; larangan; tabu: Pd suatu masa dahulu, orang-orang Melayu terlalu banyak mengenakan ~ pd ibu-ibu yg sedang mengandung. 2 makanan yg terlarang bagi seseorang yg menghidap sesuatu penyakit; makanan yg sengaja tidak dimakan kerana sesuatu kepercayaan: Kalau menghidap penyakit gatal-gatal, apa ~nya? 3 tidak dibolehkan; terlarang: ~ Melayu surut pulang. 4 jangka masa lebih kurang 44 hari bagi wanita selepas melahirkan anak: dlm ~. memantangkan menjadikan sesuatu sbg pantang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas