ibu negara | bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cinta | 1. (perasaan atau berperasaan) sangat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2. (perasaan atau berperasaan) sangat berahi, asyik-asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3. perasaan sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri. bercintakan 1. menaruh cinta atau berahi akan. 2. berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1. saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2. bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1. hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2. perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar:~ seni. | Kamus Pelajar |
cinta | 1 (perasaan atau berperasaan) sangat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat berahi, asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3 perasaan sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dgn orang berkenaan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. bercintakan 1 menaruh cinta atau berahi akan. 2 berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1 saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2 bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1 hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2 perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah-gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar: ~ seni. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penderhaka | orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penderhaka | orang yg menderhaka (kpd Tuhan, negara, ibu bapa dll): ~ itu telah dibuang negeri. | Kamus Pelajar |
kepala negeri | a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibu kota (negara, negeri) | kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unilateral | 1. melibatkan sebelah pihak (satu kumpulan, negara dsb) sahaja dan tidak yg lain (bkn tindakan, keputusan, pernyataan dsb): Dewan Rakyat menyatakan kekesalan terhadap tindakan ~ negara tersebut; negara itu tidak patut mengambil keputusan ~ tanpa melihat konteks hubungan dua hala dgn negara jiran; 2. berdasarkan satu garis keturunan sahaja, iaitu sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu): ciri terpenting dlm sistem adat perpatih ialah susunan masyarakat yg bersendikan tradisi ~; adat temenggung menarik garis keturunan secara ~ patrilineal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibu | 1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperdiamkan | 1. membuat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu didiamkannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mempedulikan, ambil tahu, dll), tidak menghebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |